Saturday, July 31, 2010

Mawi kawin lagi?

Mawi dah tambah cawangan?fuuyooh trik nak cari publisiti ke?lantak koranglah mawi.
Nak kawin lagi satu pun bukan salah.janji jangan sampai lebih empat.
Ekin atau nor'ashikin rahmat,31,juga percaya penyebaran gosip tersebut sebagai satu lagi tohmahan untuk menjejaskan imej suami...ekin juga tidak menolak kemungkinan tohmahan terhadap mawi dilakukan selepas perkahwinan mereka setakat ini belum dikurniakan zuriat.(kosmo,31.7.2010)

hahaha kalau ikut nasihat jabatan pertanian kena buh baja lebih,pastu baru pikir cari lahan yang subur gamaknya.


(lirik lagu wali band)satu pasangan tak cukup dua simpanan juga tak cukup kau memang bajingan....

IMAM MUDA

Dah habis dah program realiti tv Imam Muda kat astro dengan Asyraf mohd ridzuan dinobatkan sebagai imam muda.tahniah gue ucapkan.pasni gue pesen kenali anak kariah mesjid anda,jangan anak kariah je yang kenal tuk imam.kakaka.than cari keje tetap,pasal hampir semua tok imam ada keje tetap,jadi imam sambilan je,dah pencen baru jadi tok imam sepenuh masa.

Agak korang kat mesjid mana beliau "ditugaskan"?kut kut korang satu kariah dengan beliau.boleh tumpang glemer sama.kalau kariah mesjid gue prasan tak boleh,awat?ya lah ikut peraturan yang pilih dan lantik imam anak kariah dan pihak berkuasa negeri.bukannya estero.hahaha

kalau ikut suka ati gue,akan datang buatlah rancangan realiti tok bilal muda atau tok siak muda.lagi ada umph.


P/s entry ni hanya untuk mematuhi wajib ping.sama ngan skim wajib tayang bagi filem nasional kat pawagam.

Friday, July 30, 2010

Baik vs Buruk

Sikap baik dan sikap buruk adalah satu kemestian pada semua insan.cuma yang mana satu yang dominan tu je yang jadi sebab korang dibenci.

Gue bukan mau gosip sikap buruk dan baik korang atau artis.gue cuma mau crita pasal filem.semua filem pasti ada tokoh antagonis dan protagonis yang jadi bumbu biar filem menarik.

Korang pasti takan pernah tengok filem kita yang ada polisi jahat,kaki rasuah dan laen laen yang langgar undang undang,atau skrip yang ada tokoh politik kaki kelentong.semua gambaran tentang penguatkuasa adalah baek blaka.(memang ni yang jadi harapan gue ngan korang).

Kalau korang bandingkan dengan filem bolywod maupun holywodd tentu korang akan kata"kat india ngan amerika tu negara bebas atau demokrasi,tu yang crita polis jahat boleh boleh saja."laen ngan kat sini. Bla.bla.bla.bla.
Kalau tu yang korang jadikan hujah tu sama makna korang tak tengok atau tengok tapi tak guna kepala hotak korang.

Korang perhati je dalam filem bolywood ke holywood ,yang dapat menghapuskan polis atau penguatkuasa yang jahat adalah polis atau penguatkuasa juga tapi yang baek.hehehe.tu yang gue rasa jadi lebih manusiawi kan?daripada bagi gambaran semua baik baik belaka meskipun hanya sekadar di layar perak.gue pinjam istilah dak kecik,tak semua raksasa tu jahat dan mesti dihapuskan oleh ultraman taro ke ultrama zeus.


P/s sokonglah kebaikan dari siapapun dan bencilah kejahatan oleh siapapun.

Lelong punya pasal

Sinar harian khamis 29 julai 2010.
Gara-gara mengambil bayaran untuk barangan tidak wujud ditawarkan melalui laman web,seorang pelajar kolej bakal berdepan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan atas tuduhan menipu.nurliyana othman.
...anak kepada seorang nelayan itu didakwa menerima bayaran daripada seorang pelanggan berjumlah rm1,256 bagi tujuan mendapatkan sebuah iphone yang ditawarkan,kira kira jam 10.04 malam,23 september tahun lalu...


Gue salut dengan budak ni,gue anggap otak dak ni agak geliga juga.ada jiwa entrepeneur dan keusahawanan.
Bukan mudah nak jual barang kat internet,kena juga pandai pujuk rayu.kalau tak macam mana kastemer mo pecaya ngan barang yang dijual.

Bagi korang semua yang baru bejinak jinak jadi peniaga kat alam maya,jangan gelap mata.

Thursday, July 29, 2010

TUN LING LIONG SIK DIDAKWA DI MAKAMAH

Baru je tadi gue baca kat malaysiakini.com,bekas menteri pengangkutan dan juga bekas presiden MCA didakwa di mahkamah berhubung kasus PKFZ .dulu masuk team a ke team b gue dah tak ingat lagi.
Apapun sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman,sudah sewajarnya kitorang tetap anggap beliau tak bersalah lagi.hehe gue cuma teringat perumpamaan yang beliau katakan beberapa lama dulu tentang kepala ikan dan proses pembusukan ikan.korang cari je sendiri kat paper tahun 99 an .

Pendakwaan orang besar[atau lebih sesuai bekas orang besar] pada masa sekarang tidaklah wat gue tekejut beruk.yang gue dan korang nantikan tentu proses prosiding mahkamah dan tentu sudah pasti keputusan final mahkamah.bersalah atau bebas.

Korang tentu ingat atau ikuti kes kes mahkamah yang membabitkan orang besar dan apa kesudahannya bukan?
Jadi dalam kes ini gue dan korang sama sama je tunggu hasilnya.

SELAMAT PAGI CIKGU

"selamat pagi cikgu...nak pi mana ni?
"nak pi muktamar"
"selamat pagi cikgu...awat kalut sangat pagi pagi cikgu"
"dah lambat nih..kena pi mesyuarat agung bahagian plak"


"hooray,hip hip hurai...best lah arini dari pagi ke siang tak da kelas"

(senario kat atas hanya rekaan semata,tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia)

Selamat berpolitik cikgu!!
Apek pesan jangan lupa MLM,dua step lagi cikgu jadi crown ambasador.

Wednesday, July 28, 2010

KERETA KENA CURI KE KENA TARIK?

Terus terang gue cakap,gue suka ambik kesimpulan suatu berita dari sudut pandangan yang beda dan tekadang merapu.apapun tu komen dan pandangan gue .


Korang tentu sering terbaca iklan kereta kereta yang tak dapat dikesan dan imbuhan yang korang dapat jika korang tau kat mana kereta tu berada,yang liat bayar ansuran kereta mesti rajin belek iklan ni kat paper tiap hujung minggu.hahaha.baru je lambat bayar satu bulan,mai dah surat cinta kaler orange.

Dah tu camna plak tatasusila penarik keta?penuh adab sopan dan santun ke?berbudi bahasa ke?."maaf encik.kereta encik kalau boleh saya mau tarik...atau "boleh saya tarik kereta puan"?hahaha berbudi bahasa sungguh.
Korang bayang dari 100 keta,brapa yang bleh kena tarik?

Realitinya yang korang baca kat paper mesti sikap biadab dan samseng dari penarik keta.tak peduli kat manapun kalau dah nampak depa main tarik je.ada baby ke babi ke kat dalam keta,dorang mana peduli.penting dapat keta.

Bukan sekali,tapi banyak kali dah dengar dan baca,laki tak bayar ansuran,bini plak yang pandu.tengah jalan ada orang plari keta.hebohlah satu kampung keta dia kena curi...hahaha.singkat crita dah tau ujung pangkal kejadian sidang pembacapun kurang simpatinya.patut kena tarik dah tak bayar,tak mampu jangan belagak mampu ada keta dan len len.

Sory,gue bukan maksud sokong penarik keta ala samseng,cuma cermin diri,biar tahu hak sapa yang kita pakai.kalau hak milik kekal takpa juga.hahaha


.keta baru tanpa wang muka
.korang pinjam je,tengoklah geran pasti finance yang punya lagi
.

Tuesday, July 27, 2010

Uji kekebalan anda

Entry beberapa hari lepas gue dah ajar korang jadi pendekar tangan berapi.korang ikut dan praktis atau tak, tu korang punya hak,gue tak paksa n gue tak minta pengeraspun.

Atas kemurahatian gue dan menunjukan betapa saktinya gue..hahaha penyakit takabur mai dah.gue akan perturun satu lagi ilmu yang boleh gempaqkan rumah atau kampung korang.gue akan tunjuk kekebalan yang tersembunyi yang korang miliki.
Ikuti langkah langkah berikut dengan seksama tanpa ditambah atau dikurangi:

1.ambil periuk(size besar atau sedang)
2.isi dengan air paip
3.letakan periuk atas dapur gas/kayu
4.biarkan air dalam periuk mendidih lama.sampai menggelegak
(air kena menggelegak betul betul)
5.mula mula korang celupkan ujung jari je.dalam 4,5 saat.
6.celupkan tangan korang dalam 5,6 saat.
7.selama proses ini api dapur jangan dimatikan atau di perlahankan
8.selamat cuba
9.anda memang kebal.

AMARAN JANGAN CELUP TANGAN ANDA TERLALU LAMA LEBIH 30 saat.
.air yang menggelegak sudah sampai pada titik jenuh panas.tu sebab jari atau tangan korang tak melecur

Magis: untuk apa?

Baru hari ni je gue sempat baca majalah mastika edisi julai 2010.gue tak sangka ada orang sakti dan macam superman yang tak luka dek pisau tak tebakar dek strika panas,tak mempan kena tembak.

Yang gue pikir cuma satu je,betulkah?.korang yang baca mastika tentu kata betul,dah wartawanpun try juga.betul atau tak lantaklah.
Gue cuma mau story kat korang yang semua kekebalan tu nak buat apa kat jaman sekarang ni.?hehehe cuma untuk jadi tontonan orang je.lu pikir korang hari hari itu lidah mau kena strika panas ka?ada penah dengar cerita lidah orang kena strika panas?lagi satu,yang siat siat tangan,pipi guna pisau cukur tu apasal?mat gian yang slalu wat pun takpa.lagi satu tengok masa taipusam.

Kesian nanti yang jual baju kebal,bleh jadi bengkrap.hahaha .dah semua penguatkuasa dah ada ilmu kebal takyah lagi pakai baju kebal.kalau gue jadi tok guru ilmu ni,gue nak ajar rakyat gaza,biar tak jadi habuan dek peluru rezim zionis.kuranglah korban rakyat palestin angkara zionis.hehehe korang mesti setuju.


P/s perlukah korang kebal?ya perlu kalau korang tu penyangak.hahaha.caya bro lu mesti bukan penyangak.

Monday, July 26, 2010

Kerajaan Perpaduan Umno dan Pas

Kali ni gue mau sembang pasal politik plak,dah tengah ramai isu perpaduan antara dua parti orang melayu,gue pun nak tumpang sama.
Kalau kat kedai kopi simpang tiga nun gue cuma jadi pendengar je,hahaha.otai kat situ dah taraf phd kalau sembang bab politik.

Kenapa susah sangat wujud perpaduan?sampai mufti pun terikut sama masih juga tak jumpa titik temu untuk berpadu.

Gue bagi tau korang semua satu formula yang belum pernah dicuba dan mungkin takkan pernah dicuba.
Formula ni senang dan simple,"PERPADUAN UMNO PAS HANYA AKAN WUJUD JIKA UMNO DAN PAS SAMA SAMA KALAH TERUK DALAM PILIHAN RAYA UMUM"
Kalau senario ni berlaku gue jamin jalan untuk menuju perpaduan lebih senang di realisasikan.takda lagi anggapan siapa nak tipu siapa,takda lagi anggapan siapa lebih kuat dari siapa.takda lagi siapa yang tersepit dan disepit.ringkasnya sama sama rendah dan sama sama lemah.

Gue yakin kalau senario di atas tak berlaku,tetap ja akan wujud tanggapan;'la ni korang tengah lemah tu yang ajak berpadu',"lu tengah kuat tu yang lu takmo berpadu"

hehehe sapa boleh wat formula tu?bukan pemimpin umno,pemimpin pas,ataupun mupti.korang semua je yang bleh buat tu semua di PRU 13.

TAPI gue saran korang jangan wat begitu kalau sayang islam dan melayu.lebih elok taem sama sama kuatlah wujud perpaduan biar lebih kuat.

Pelawak kena tangkap kes dadah

Gue tak heranpu.hahaha.bak kata apek ganja,masuk lokap je,bukan masuk neraka pun.wat apa nak riuh.

Gue lagi tak heran,dah brapa kali kantoi tapi lu masih diberi peluang berubah tapi tetap bebal.Dulu bolehlah lu ni intan payung,anak emas etc.umpama itik emas banyak orang nak jaga lu biar tetap terus betelor emas.korang nak wat apa pun kes tetap ada yang tolong setlekan.kakaka.

Cuma korang lupa tayar tu bulat dan masih beputar dan terus beputar.hari korang dah sampai kebawah kalau tekena taik lembu ke taik kucing atau najis lu sendiri orang laen takmo ambik port.hehehe.tuan punya badan lah yang basuh.nak pi car wash?adalagi ke reta mak bapak yang nak jual.

Sunday, July 25, 2010

Ehem...ehem pun kat blog?

Pagi pagi gue pi kedai mamak jual surat kabar,kata otai blogger kita kena awal baca paper biar senang buat artikel entry blog dan tak tetinggal isu.

Masa belek belek paper dan majalah,maka disingkatkan cerita,gue baca muka depan kosmo:minta cerai dalam blog.
Tengok punya nickname blogger,bukan blogger cabuk tapi ada gelaran datuk beb.
Gue bukan mau cerita pasal apa,kenapa dan macam mana boleh minta cerai.tapi gue heran bin ajaib tengok perangai orang jaman sekarang.kalau gue yang punya entry tentang masalah dalaman rumah tangga,tentu korang akan tuduh gue cari publisiti biar trafik naik.hahaha

dulu taem telpon dah merakyat kita heboh pasal akad nikah hanya guna telepon.pastu jaman sms kita heboh plak pemain bola sepak putus tunang dan batal kahwin hanya guna sms.
Tu belum lagi yang hantar sms tuk jatuhkan talak.minta cerai berai.

Cuma gue heran,kawen,talak,cerai guna telpon takkan diorang ehem...ehem pun guna telpon..

Saturday, July 24, 2010

FILE:012,sub;Online free

Report 8.15..saturday.24.07.2010.


.............
Jam ke 72,gue layan broadband gratisss atas sinergi maxis dan operamini.situasi masih dalam kawalan.pelayaran kemana mana masih sama dengan taem gue guna yang bebayar.
Penjimatan 3xrm8 =rm.24 wang poket dapat diselamatkan.
Recype:status no secret.
.download operamini
.dail*100#
.internet setting
.prepaid broadband

.service switching
.pilih broadband jangan hotlink
.proceed
.terima mesej :bbnset
.go pi manapun gratis



Gue mula nampak beberapa kekurangan online broadband gratis:
.masa load lebih lama
.file takleh dibaca semua
.so pic ada yang tak kepapar kat skrin enpon
.belum try lagi nak wat enset jadi modem tapi guna broadband gratis via maxis dan operamini


..............@@@...........

sat.24.10.2010 .20:330
report sent.

JANGAN MAKAN ROTI CANE DULU

Gue saran pada korang semua yang ada tabiat sarapan roti canai,wat sementara waktu stop dulu.korang kena pikir panjang dan lebar sebelum jamahnya.berbaloikah apa yang korang makan dengan apa yang korang bayar?

Dah naik harga ke roti canai kat kedai mamak jabar tu?makin kecik dan nipis cam tisu ka?
Yang tu gue tarak tau,yang gue tau ada kabar dari india dah muncul ipad baru dengan harga sama bajet korang sarapan roti canai plus teh tarik tak sampai sebulan.di bawah harga nokia tiga tiga sekupang taem mula nongol.hehehe.

Tu kira good news,takyah tunggu gomen bagi laptop free.atau kena pinjam abang long,harga rm.1000 korang cuma bayar rm.100/bulan tiap datang bulan...hahaha.

Dah murah dan mampu milik,setiap orang kini mampu surf.pinjam slogan air asia,now everyone can fly...cuma gue teringat pada nasib makmal komputer yang ada kat sekolah
pedalaman.semua lengkap.cuma api je takda.cam enpon mahal tapi takda liputan.


Korang semua dah tentu almaklum dampak persekitaran dengan adanya ipad murah meriah,smoga jangan wat anak dara muntah muntah plak,tengok je dengan dampak enpon kamera pada dak jaman skang.

Friday, July 23, 2010

Thank's or Sorry Max..is

Gue kemaren baca blog zulfahmi(?) pasal broadband gratis maxis guna henset.
Mula mula gue tak caya.mana ada yang free jaman ni.tak rugi pun try,apalagi gue try ikut step by step yang ada kat blog fahmi.hasilnya?100% free.

Ternyata.,.ya...ternyata sikap tamak tiba tiba je menjelma dalam diri gue.gue jadi tak mo share ngan member alam maya n alam nyata.tau apa kata hati gue?"rugi bagi tau orang laen.kalau semua ikut cara free,dah tentu nanti ketahuan sama si maxis.rugi gue baru 2 hari free.jadi diam diam je lah.pecah mulut jangan pecah perut."

itulah sikap semula jadi orang kut?hahaha.

Gue pun tak tau lagi yang free tu memang ada dah sejak dulu and sebahagian promo maxis cuma gue je yang lembab tau..hehe ni juga sebab gue tak share rasia ni dengan korang bicos gue tak tau asal usul atau halal haramnya broadband free maxis.

IKAT PERUT BAKAR

Entry yang lepas gue bagi petunjuk bakar ikan,kali ni gue nak bagitahu plak versi gue bakar perut.bab perut ni gue tak brapa arif dan bijaksana trutama tang bahagian basuh.tak semua orang reti nak basuh perut dan kelengkap dalam.korang perati je taem raya korban.atau masa kenduri.style kampung.

Oke,korang beli perut lembu kat market pilih yang panjang biar senang nak ikat.pastu suruh sapa je yang tau basuh uruskan perut.tak pasal pasal kalau korang tak basuh bersih korang temakan rumput dalam perut[sopan sikit daripada sebut baja lembu hahaha]

dah bersih kasihlah kaler kuning kunyit biar lagi menawan[korang korek info kat tuk nenek pasal apa kunyit mesti ada] .
Sebelumnya siapkan pelepah kelapa bagian ujung yang korang belah dua.kalau kat flet takda korang boleh guna dua bilah besi wat lilit perut.

Dah ikat atau lilit perut tu tapi jangan ketat sungguh.siap dah korang letak atas bara.amaran taem bakar korang jangan dekat dekat kerana mesti ada letupan.kalau kena kulit lumayan gak sakit.apalagi kena tang mata korang.

Tanda dah masak ya cam kulit korang juga dan bekedut.dah siap kena lah yang mahir wat sambal blacan atau air asam biar sedap taem makannya.ok.nak try?takpa kalau tak hari ni sok bulan posa pun boleh.tak da bajet?tunggulah sampaai raya korban.

Thursday, July 22, 2010

PING BLOG JANGAN PING DOSA


Gue first time bleh ping sangat teruja dan ikutkan hati mau tiap tiap jam gue nak ping,ntah apa apa tulisan gue atau ciplakan blogger lain tak peduli penting asal ada entry baru.yap...macam wartawan arus perdana yang diburu dateline.hehehe.

Bukan apa, dapat ping berarti orang lain baca paling komanpun korang semua tengok entry aku.berarti tesebar dah dari korang ke adik bradik ,jiran,clasmate,etc.

Cuba korang guna kepala hotak tu bayangkan kalau yang gue tulis tu ajak kebaikan amar maruf atau ilmu yang ada faedah.berapa banyak pahala gue dapat?..gue rasa ahli matematikpun takleh kira jumlah pahala kerana terus ja bertambah,selagi artikel yang gue ping terus je ada new reader.

Tu baru jenis blogger cabuk yang takda rank cam gue.yang nufnang ngan adsen google pun tak pandang.hahaha...

Dah tesengih bayang banyak mana pahala korang dapat dengan ping blog?stooop..jangan dulu lebih lebih.sekarang korang guna akal budi korang semua yang bijak bestari lagi geliga,berapa dosa korang mesti tanggung kalau korang uploadkan jenis 3gp,18xxx dan yang sewaktu dengannya dan artikel tu korang ping kan?hahh brapa? Cuba korang guna kaedah yang sama taem kira pahala.
Tak takut lagi?lantaklah korang nak wat juga.papapun gue dah bagi amaran.lu orang tak caya takpe.lunas tanggungjawab gue.


"FITNAH SEDAP DIDENGAR TAK SEDAP DIRASA."

Wednesday, July 21, 2010

CUMA SATU SEN DAN BUKAN 50 SEN


Cuma satu sen,jumlah nilai yang tak cukupun wat beli coklat hacks sebiji.cuba korang bagi duit se sen tu pada anak buah,suruh beli apa apa je yang boleh?paling masuk je kat balang kecik pejabat pos.tetulis sayangi sen.hehehe.

Korang perlu ingat juga,meski takda nilai dan dipandang hina(?)duit satu sen mampu memukau dan menggelapkan mata serta pikiran korang semua.
Banyak dah orang kena pukau ngan duit satu sen ni.why?what?

Mari belek paper atau flyer iklan pasaraya atau perabot.jumpa angka angka yang tidak rasional dan sepatutnya.2.99 5.49 499.00 999.00.

Rupanya duit satu sen punya aura psykologi yang kuat dan menarik mampu mengaburi realiti.cuba korang perati iklan iklan pasaraya atau tempat beli belah.

Apa yang ada pada kepala hotak korang bila tengok harga rm.1000,00.wow mahalnya!!sampai ribu ribu.tak mau beli lah mahal.pot.pet.pet.pot

macam mana pula reaksi kepala hotak korang kalau jumpa harga rm.999.00.?wah murah gak ya.tak sampai ribu ribu.mesti beli nih.

Tu ringkasnya.jadi persepsi korang terhadap duit se sen perlu ada anjakan paradigma baru(hehehe)agar tak kena kelentong tokey kedai.boleh kata sen tu kecil nilai tapi besar pengaruhnya.

Sejuta ringgit tidak akan jadi sejuta,sebillion takkan jadi sebillion kalau tak cukut se sen..

Tuesday, July 20, 2010

Interview with ariel peterpan(imaginer)


Gue dapat tugas interbiu ariel vokalis kumpulan peterpan yang dah tukar profesien jadi pelakun film,yang boleh dianggap dah pecah punggung.tapi takleh lawan ngan film 2ilmuALAM yang duluan pecah perut.

Jakarta.20.1.

Gue:"apa pendapat saudara tentang film saudara terbaru yang heboh?"

ariel:'ehm no coment'

gue:"kenapa saudara tak suka guna pelakon lagak ngeri pada babak yang mencabar?

Ariel:'ehm.mm

gue:"apa untuk kepuasan berlakon atau anda merasa... andalah yang hanya dapat menghidupkan watak?

Ariel:"yach...mm

gue:"untuk jaga stamina dalam lakonan,apa resipi saudara?

Ariel:"ada..."

gue:"jamu atau obat modern?

Ariel:"ha.haha

gue:"viagra?...pasak bumi?

Ariel:"...emmm

gue:"melihat sambutan dan reaksi masyarakat,apa saudara ada niat nak jadikan film saudara jadi rujukan pendidikan sex di sekolah?

Ariel:"yach...

Gue:"jadi ada perancangan kearah tu?..kalau boleh tau..siapa lagi yang jadi gandengan dalam film selanjutnya."

pak polish:"maaf pak.jam berkunjung sudah habis...

BIGGEST LU SIR?

Tulisan ni gue tujukan pada korang yang terlebih makmur body yang bercadang jadi slim .besepah kat pasasan produk produk untuk pelangsingam badan.


Soal harga?hehe dah kompem bawah ratus ratus satu tin.tahan seminggu je.korang kalikan je brapa duit yang kena keluarkan setahun.?kata yang punya badan dah tentu berbaloi baloi.sampi gue penah tepikir tipah jiran gue tu jadi slim bukan sebab minum produk tu tapi slim pasal tak tahan dengan harga produk tu.hehehe

Lain jenama dan lain
testimonial semua sama je prosedurnya.cuba korang belek dan bandingkan produk diet atau pelangsingan dua syarikat.korang pasti di sarankan minum produk waktu malam.kenapa malam?hai takkan tau kut.cuba bayangkan korang minum produk tu waktu pagi sebelum kerja.hehe takdan keje tapi duk asyik ulang alik ke tandas.sebab sistem pembentungan lancar tak tesumbat tu yang lemakpun takdan lekat kat kulit.masuk buang ,bukan touch n go.


Rahsianya korang banding dengan ubat cuci perut.

Monday, July 19, 2010

PHANTOM punya BLOG

HISTORICAL DATA NOT AVAILABLE FOR SITES RANKED>100.000

SORRY! COMPLETE DOES NOT HAVE DATA AVAILABLE FOR SELECTED SITE(S)

RANK 15.685738

EST.PAGEVIEWS 9.314.263

SORRY EMAIL ANDA TIDAK WUJUD

kakaka yang gue pi buka si Alexa tu buat pa.lantaklah korang alexa.

Saturday, July 17, 2010

Pendekar tangan berapi





Kali ini gue mau kasih tahu orang yang belum tahu,bagi yang dah tahu dan satu guru jangan ganggu.yang jauh mendekat yang dekat jangan rapat rapat .....hehe ayat ni gue cilok dari orang jual ubat tepi jalan.

Betulkah tangan kita boleh keluar asap dan boleh bercahaya?bukan sombong atau temberang kalau gue kata boleh.bukan tangan gue saja tangan korang pun sama,tapi cam jumpa bomoh kena ada pengeras.batu atau besi tak main tau..tu memang keras tapi bukan pengeras.

Ok lah daripada gue membebel tak tentu pasal,elok juga dihari baik dan bulan baik ni gue perturun ilmu tangan berasap dan bercahaya pada korang semua yang sudi singgah tratak gue ni.

Mula mula kena cukup syarat,bukan bunga tujuh jenis atau air tujuh kolah masjid.cuma dua buah benda ja yang korang mesti ada.satu kotak mancis kena ada dan duit syiling lima kupang atau 50 CENT.cuba selongkar dalam laci dapur.

Dah ada mancis dan duit syiling.korang tak payah baca mantra atau jampi serapah wat mambang segala mambang.cukup baca bismillah.gue ajar betul bro bukan suruh korang jadi syirik plak.

Langkah pertama koyak bahagian tepi kotak mancis.tu tempat untuk gores batang mancis.dah koyak letakan kertas tu atas duit syiling lima kupang.kemudian korang bakar kertas yang ada kat atas duit syiling tak sampaipun satu minit selesai.

Abu tu korang buang je,tapi tinggalkan sisa cam jelaga yang ada kat atas duit syiling.calit dengan jari.tunggu apalagi korang gesek gesekan jari tu.kompem keluar asap.bawa tempat gelap nyala cam lampu violet jari korang.gue jamin tangan korang tak terbakar.cuma bau busuk je.dah khatam dah.korang boleh guna untuk pau anak anak buah korang esok taem cuti.sorang singgit je pengerasnya.





P/s jangan komen sebelum cuba.

DISCOUNT:BETUL ATAU HANYA GIMIK?


Sebentar lagi kita meyambut bulan puasa dan raya,sudah jadi kelaziman pada tiap tiap musim perayaan kita akan disambut dengan dengan aneka macam harga discount.

Sesetengah orang akan teruja kerna dapat membeli pakaian dengan harga discount yang boleh cecah sampai 70% atau pun 50% daripada harga asal.betulkah begitu?

Untuk tahu betul atau tidak harga barang yang kita beli benar benar harga discount kita mesti tau harga asal.memamg betul penjual akan memamerkan tanda harga asal dan harga telah didiscount pada barangan yang dijual.semua orangpun tau dan selalunya disahkan oleh kementerian.cuba kita perhati pada tanda harga di supermarket.

Yang jadi pertanyaan kita mudah saja,pernahkah kita nampak barang tersebut dijual pada harga asal?pada harga sebelum discount.contohnya,seluar panjang harga asal rm.100 ,harga setelah discount rm 50.pernahkah kita lihat seluar tu dijual disitu pada harga rm.100?Selalunya yang kita lihat jumlah discount saja yang berubah.musim cuti discount 50%,musim akhir tahun discount 70%.sepanjang tahun tak pernah nampak dijual pada harga asal.

Mudahnya sebenarnya selama ini kita tertipu?segelas cendol selalu kita beli pada harga rm.1,tapi hari ni mamak discount 50% cuma 50 sen je kita bayar.ni barulah discount,bukan gimik.

Friday, July 16, 2010

HARGA BARANG NAIK


Petrol naik lima duit seliter,gas naik sekupang tiap sekilogram,gula naik dua kupang lima duit.
....

.

.

.

.

.

.

.

Korang pikir sendiri harga apa plak yang nak ikut naik sama
:-(

;-( ;-(


p/s.bagi suri rumah atau kepala keluarga gue pesan biar benci
ngan harga barang naik,jaga jangan sampai barang anda turun!!

Thursday, July 15, 2010

MLM oh MLM


Trik&tips: jadi ahli mlm yang berjaya

mula mula korang pi showroom keta,jangan lupa bawa kamera untuk ambik gambar korang depan keta tu.satu lagi jangan korang ambik gambar korang dengan keta dalam kawasan rumah.selalunya depan garage atau depan banglo tiga tingkat.pokoknya outdoor.depan banglapun bleh gak tapi korang kena tag pic tu holiday oversea.

Biar tak dianggap riyak atau tekabur,korang tutuplah plat nombor keta tu,jangan bagi orang laen nampak.hehehe nanti korang kantoi plak tu keta orang.
Dah ambik gambar korang tinggal pilih gambar mana yang best terus print atau photocopy pun bleh banyak banyak.pasni korang jumpa mamak atau tamby jual paper suruh letak gambar korang dalam paper.jangan guna air liur je,ulur ulurlah singgit dua.

Ni tip mudah nak jadi jutawan.gue posting artikel ni sebab gue cuma nak mengingatkan korang jangan jadi "minah tertipu".

Wednesday, July 14, 2010

CARA SENANG BAKAR IKAN


Pernah makan ikan bakar? Dah tentu rata rata akan jawap pernah.sedap bukan,sampai menjilat tulang.Tapi pernahkah kalian bakar ikan?betul betul jadi ikan terbakar? sememangnya apapun jenis makanan paling sedap dan enak adalah masa makan dan menikmatinya.

Langkah pertama kerana kita akan masak ikan bakar dan pasti mula mula kena beli ikan,jangan beli daging plak.stakat minggu ni ikan gerut seekor dalam sekilo lebih rm.15.00

arang kat tempat gue sekaampit rm.7.50,ni boleh untuk bakar 50 ekor ikan.kalau ikan teri lagi ribuan ekor.hehehe

ramuan terpenting adalah minyak masak dan susu pekat.setengah cawan minyak masak dan 1/3 cawan susu pekat

masa beli ikan korang disarankan bagitau sama yang jual suruh ikan tu di belah di bahagian belakang

ikan yang telah dibelah korang tabur garam kunyit dalamnya.kulit tak payah.oh ya jangan lupa plak seeloknya sisik ikan yang akan dibakar jangan buang sisiknya.

Letakan ikan atas pemanggang dan olesi minyak susu.yang mula mula korang bakar adalah bagian kulit.biarkan lama sampai kulit atau sisik dah hangus.cara ini agar isi ikan tak lekat kat kulit senang nak kutil.setelah tu baru alih.bagian ni jangan lama bakar.dah siap dah.masa dalam 30 minit semuanya.

Tuesday, July 13, 2010

Sekilas ikan


Tengok sekilas ikan berenang di air dah tau mana jantan dan betina.

Tekadang orang tengok sekilas je pada satu perkara dah perasan betul.padahal kalau di teliti betul betul ada bezanya.
Tulisan ni bukan story pasal ikan atau anak ikan hehehe.

Ni sebenarnya real story yang banyak kali terjadi pada gua.dah sering kali gue terima surat dari posmen yang bukan untuk gua...tapi untuk orang laen.bukan mirip nama tapi sekilas address sama.
Gua pikir posmen ni macam ikut peribahasa di atas tentang ikan.dia ingat dengan sekilas je tengok dah betul address yang ditujuj.


No 4 taman intan beseri


no 4 taman intan beseri fasa 2


kalau baca sekerat je memang sama.tu lah orang tua dulu dulu suruh ngaji sampai khatam.jangan sekerat atau sekilas je .kan nyusahkan gue yang tak pasal pasal kena tunggu posmen lewat bagi balik surat.

Monday, July 12, 2010

Iklan judi

Sebenarnya iklan keputusan judi nombor ekor untuk sapa?cuba korang perhati akhbar akhbar bahasa melayu yang menyiarkan keputusan cabutan judi ekor,khalayak yang jadi sasaran iklan tu orang cina,india,siam ke?atau melayu?hehehe dah tentu untuk kaki ekorlah,yang style baca akhbar tengok halaman belakang dipojok bawah dulu.bukan baca muka depan dulu.sekadar intermezo je.

Yang remeh temeh masa posa dan raya


Ketupat atau nasi impit selalunya mesti ada tiap musim perayaan.sebagai bahan tambahan atau utama dalam soto,lontong sayur atau satay.
Bagi orang belah utara dah pasti ketupat pulut daun palas cicah dengan serunding atau gulai daging.

Ketupat tradisional makin hilang...takda yang mau panjat pokok nyok kut.orang dah ramai guna ketupat segera dalam beg plastik. ....yang herannya dah kira ketupat plastik ni paling senang buatnya,tapi orang kita lebih senang beli.padahal budah budak tadika pun boleh.tak caya?

_korang beli beg plastik size sama ngan kalau korang beli teh ais bungkus.
_isikan plastik dengan beras yang dah korang basuh,paling banyak sampai setengah beg plastik
_ikat ujung plastik dengan tali atau getah kuat kuat.
_tikam dengan jarum plastik tadi kedua dua belah.dah siap dah.

Langkah seterusnya masak sama macam korang slalu buat kalau beli ketupat segera kat pasaraya.senang je kan?

NOKIA DAN OPERAMINI


Posting ni gue rasa sesuai untuk menyambut sedikit kejayaan dan keberhasilan gue boleh ping firstime kat gengblogger...gue teruja bukan kerna dapat post lengkap ada gambar sekali tapi dah tahap frust takleh ping mula joint gengblogger sejak dua hari lepas dah tu rumah pun kosong macam nirwana{nir=kosong, wana=kehidupan?}

ketidakbolehan menge-ping gue rupanya sebab kecik je.hehehe tekena sindrom sekilas ikan,posting gue yang lepas. Gue tengok dan tulis address tak sinkron antara "feed" ngan "url".ni baru bleh sebut buta it,tak tau alamat .
Dah betul alamat baru boleh ping,rumahpun dah mula ada isi.

Apapun ketelitian amat penting dalam semua keje,biar tak nampak bodoh pada orang laen meski sebenarnya bodohpun.kakaka







P/s

ini kisah nyata seorang blogger sengek yang pakai nokia 7210 supernova.nak tau blog yang dibuatnya sila singgah di:
http://durokhman.blogspot.com atau http:// perlisnews.blogspot.com

Sunday, July 11, 2010

Go public

Kelam kabut baru je joint gengblogger.yang laen guna pc n laptop canggih,rasanya gue sorang je{prasan} yang guna henset old to date untuk ngeblog.meski slow cam labu labi tapi sangat sesuai motto kapan saja dan dimana saja boleh ngeblog.hehe tak caya?cuba dulu baru tau.Jadi nanti kalau korang sempat singgah,jangan komen banyak banyak tentang wajah blog gua.dah tu je yang takat ni termampu gua kerjakan dengan 7210 supernova sama sokongan opera mini.tapi tak salah gak kalau korang kasih input wat gue bagi cantik ni gue punya blog.

Mula mula joint gengblogger,gue terus mahu bikin topik hehehe.tapi takat wat tajuk je pastu taem nak isi topik tak menjadi.takleh nak tulis. Pasal gue guna enset je kut? Mungkin juga..tapi takpe laen kali gue bikin tajuk topik je kat forum.hahaha tak salah kan.

Tulah firsttime go public ngeblog,trial by erorr meski tekadang hasilnya error melulu.gue juga mahu kasih tau bagi yang belum tau,bagi yang dah tau tu duk diam je ok.

Dengan alat dan teknik yang gua pakai gue boleh macam macam,gue bleh clicks kat cimb,jumpa member kat facebook,wat store kat ziddu,tengok film kat youtube.

Cuma satu je musuh yang sampai la ni gue k.o,taem jumpa kata flash,adobe flash,firefok etc nak bacapun tak paham.hahaha.jangan lupa pi jamban bukan satu halangan untuk sorang blogger tegar..

Semua orang boleh bohong?


Dalam masyarakat sering kita dengar orang kata dia bohong tapi bohong sunat.apapun alasan dan nama bohong ianya tetap saja bohong demi keuntungan pribadi.

Kisah 40 ulama muda masuk umno ternyata belum habis kesannya.fakta fakta baru mulai muncul dan semakin menggelikan kita.Terbaru persatuan al islah perlis menolak dakwaan bahwa uztad abdul wahab sebagai mewakili persatuan al islah dalam perjumpaan 40 ulama jumpa dengan perdana menteri.kronologinya begini:
1.penyerahan borang
ulama muda jadi anggota umno kepada presiden dan juga perdana menteri
2.salah seorang yang terlibat merasa ditipu sebab atas alasan majlis itu bukan majlis serah borang umno/sinar harian 29.june.dan kehadirannya didakwa sebagai wakil persatuan islah perlis.
3.tuduhan diatas dinafikan anak bekas mufti perlis dengan alasan individu terbabit tak diundang tapi malah ikut acara majlis dari awal sampai akhir.
4.terbaru YDP Persatuan Al Islah,datuk ahmad jusoh menafikan kenyataan ustaz wahab bahwa pihak persatuan tidak pernah mewakilkan mana mana individu jadi wakil persatuan dalam perjumpaan 40 ulama muda bersama Pm...

Jadi siapa yang tipu siapa? Takkan ada yang mengaku menipu.jadi penamatnya nanti biar lebih senang anggap saja medialah yang putar belit kenyataan depa semua.senang kan? Jangan sampai orang ramai kata"dah camtu berarti semua penipu."hahaha lupa plak semua ada gelar ustaz dan degree.

Iceland atau hotland?


Korang tau katmana negara iceland atau basa melayu indonesia sebut islandia?jenuh korang cari dalam globe.

Ada apa sih dengan iceland?saja nak bagitau kat sana pemimpinnya bagitau pada dunia yang beliau dah kawin dengan pasangan yang dicintainya.tu je pun heboh kah.?yang jadi gempar buat orang timur macam kita ni bukan pasal dia kawin,tapi pasal dia resmi kawin dengan pasangannya yang juga perempuan.lah biasakan kalau pm kawin perempunan?opst sori tak bagitau lagi,prime minister iceland yang bernama johana sigudardottir tu perempuan juga.maknanya perempuan kahwin sama perempuan.boleh kata pewaris kaum nabi luth.bukan pewaris nabi luth tau.

Kok boleh? Tentu je boleh ,dah guna undang undang buatan manusia sendiri.undang undang perkawinan gay atau lesbian yang diperkenalkan di iceland pada 23 mac telah diluluskan pada 12 jun lalu oleh 49 ahli parlimen iceland daripada 63 ahli parlimen.cuma gua pening mana satu yang nak kena sebut first lady...atau jadi pengerusi dharma wanita.apa apapun tu tanda akhir jaman.

Saturday, July 10, 2010

Dah nak raya ka dah nak posa?



Tekejut juga malam ni kata nak tempah baju melayu nak pakai anak branak masa raya nanti.cepatnya masa,prasan baru bulan lepas je sambut raya,ni dah masuk raya lagi.takda kena mengena demam pilihan raya kecil.hehehe.siap siap raya...

3 atau empat

Awal pagi nanti pertembungan antara pasukan yang kalah di semifinal pukul 2.30.jerman atau uruguay yang layak jadi no 3.ramalan sotong jelas memihak pada jerman.hahaha ..sebagai pelipur lara buat peminat jerman.sayang ahli nujum negara aka pak belalang tak keluarkan ramalannya.

Burung dan sotong


Si paul Sotong gurita minggu ni memang jadi tumpuan kaki bola dan kaki judi.naluri kebinatangannya diuji dan direkayasa menjadi tukang tilik meramal nasib pasukan mana yang menang dalam piala dunia 2010.

Bagi kaki judi,munculnya paul sisotong merupakan ilham dalam bertaruh.tak payah lagi tunggu wangsit atau pergi jumpa bomoh untuk tau ramalan pasukan mana yang menang.padahal kalau kita pikir yang sipaul pilih tu tak tau dia pilih pasukan yang kalah atau pasukan yang menang.dia cuma pilih satu diantara dua.jadi kalau dia nanti duduk atas kotak spanyol itu boleh juga berarti dia pilih spanyol sebagai pasukan yang kalah.

Gelagat si paul bukan saja tidak disukai oleh pasukan yang diramal kalah,tetapi yang paling benci dah tentu bomoh dan dukun ramalan diseantero dunia serta bandar atau bookie judi.

Aneh kan dunia bolasepak sekarang dipengaruhi oleh faktor sotong.terbaru burungpun ikut tumpang sekaki jadi ahli ramal.biar tak disebut burung kakaktua dah tentu ramalannya terbalik dengan ramalan si paul.paul pilih spanyol,burung pilih belanda.sapa paling hebat tunggu je hari ahad pagi.

Cuma sekadar ingatan paul si sotong bukan sedappun kalau goreng tepung.hahaha.last warning:jangan jadi syirik gara gara si paul sotong

Friday, July 9, 2010

Cut tari menangis...


Ibarat nasi dah jadi bubur...tangis sampai keluar darahpun tak akan mengubah apa yang berlaku.bukan setakat menconteng arang di muka keluarga tapi dah sampai tahap berak atas kepala.suami mana yang akan cool kalau tengok bini dia tengah beraksi dalam klip video,bukan cubaan bak kata pendekar mansur/film pendekar bujang lapuk.tapi bener bener beraksi.

"Mak,kok maen kuda kuda an nggak ama papa sih?" atau "nyokap lu hebat ya".itu yang mungkin akan keluar dari mulut anak atau kawan anak.

Pasal tu lah dulu ada dramatis sembunyi ntah kat mana pasal video beraksi kantoi.mujur takda yg buat report polis taklah heboh sangat sampai masuk lokap dan court. Pada yg cuba cuba jadi pelakon 3gp macam aril pikirlah pendek pendek.dah lah takda bayaran kena copy dan download jutaan salinan tapi duit sen habukpun takda.glamer tapi tak bawa makna.laen kalau macam pelakon jepun maria ozawa ada juga duit masuk untuk lakönannya.pesanan buat pasangan yang tengah becinta jangan skali kali bawa henset kamera..tau tak pa.

Gambar bukan kata kata




Kalau tengok gambar kat atas persepsi yang timbul macam macam bergantung pada pandangan kita terhadap orang orang yang ada dalam gambar.

Ada hubungan atau tak rakaman gambar itu antara orang orang yang 'pitam' dengan orang yang dibelakang,hanya saksi kejadian yang tau.hahaha.kita hanya mengintepretasikan gambar tu je.dah tentu ada yang benar dan ada yang salah dalam intepretasi gambar di atas.

Menu malam ni



Menu malam ni ikan bakar sapu dengan minyak susu.biar lagi sedap cicah ngan ayaq asam.bahan senang je,ikan gerut beli kat nat suruh yang jual belah belakang ikan tu.senang nak bakar.bukan apa kalau belah ikan sendiri tak pasal pasal terberai ikan tu.lepas tu sapu ikan dengan garam kunyit dan siapkan minyak dan susu pekat.tu je cara dan bahannya.senang kan?

Ada apa dengan cinta

Gratis lebih baik

Siang tadi waktu ambik anak di tadika kemas ternampak budak budak tadika bawa balik bungkusan.belum sempat tanya sama sikecil,dia bagi tau dulu."abah, cikgu bagi susu ngan milo".belek dalam bungkusan plastik tu memang betul,milo dengan susu tepung.baru teringat kemaren sikecil pun bawa balik biskut empat segi.camtu klop lah biskut tu cicah ngan air milo.
Baru terpikir murahnya rezeki budak budak kecik sekarang.dahlah yuran tadika sebulan cuma rm.10.00 dapat makan pagi,baju dan tshirt free.cuba kalau antar ke taska persendirian,boleh cecah ratus ratus kena dalam satu bulan.

Dah dapat banyak kemudahan..agak agak masa cucu cicit nanti boleh free kut.

Berita Harian Online | font color="red"Eksklusif: /fontLapan mufti pernah hadiri latihan

Berita Harian Online | font color="red"Eksklusif: /fontLapan mufti pernah hadiri latihan

Monday, July 5, 2010

IkutSukaAku - Isa : Santai Malam Isnin

Aseli telah menghantar pautan ke blog kepada anda:

null

Blog: IkutSukaAku - Isa
Catatan: Santai Malam Isnin
Pautan: http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2010/07/santai-malam-isnin.html

--
Dikuasakan oleh Blogger
http://www.blogger.com/

Fwd: Sejarah

---------- Forwarded message ----------
From: Aseli <durokhman_larebanyumas@yahoo.com>
Date: Sun, 4 Jul 2010 21:59:37 +0800
Subject: Sejarah
To: Rahwana71@gmail.com

Ini adalah email dari (Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perlis) dihantar
oleh Aseli (durokhman_larebanyumas@yahoo.com). Jangan lupa lawati:
http://www.perlis.gov.my/index.php/bm/component/content/article/74-berita-unit-perancang-ekonomi-negeri/472-beberapa-bangunan-lama-diperlis-dicadangkan-sebagai-warisan-negara.html