Monday, September 5, 2011

KETUA HAKIM NEGARA BARU

Ketua Hakim: Arifin
Zakaria ganti Tun Zaki
KUALA LUMPUR, 5 Sept – Hakim
Besar Malaya Tan Sri Arifin
Zakaria dilantik sebagai Ketua
Hakim Negara berkuat kuasa 12
September ini, menggantikan
Tun Zaki Azmi yang mencapai
umur persaraan wajib 66 tahun
pada tarikh berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak berkata pelantikan itu
diperkenankan Yang di-Pertuan
Agong Tuanku Mizan Zainal
Abidin berdasarkan Fasal (1)
Perkara 122B Perlembagaan
Persekutuan, atas nasihat
Perdana Menteri dan selepas
berunding dengan Majlis Raja-
Raja.
Menurut kenyataan Pejabat
Perdana Menteri, Tuanku Mizan
juga memperkenankan
pelantikan Hakim Mahkamah
Persekutuan Tan Sri Zulkefli
Ahmad Makinudin sebagai Hakim
Besar Malaya menggantikan
Arifin manakala Hakim
Mahkamah Persekutuan Tan Sri
Md Raus Sharif dilantik sebagai
Presiden Mahkamah Rayuan
menggantikan Tan Sri Alauddin
Mohd Sheriff yang bersara awal.
Kesemua pelantikan itu berkuat
kuasa 12 September, demikian
menurut laporan Bernama
Online

No comments: