Tuesday, September 6, 2011

Kalau tengok gambar,memang muncul rasa kesian dan simpati.tapi setelah baca cerita dia,gua jadi meluat.korang macam mana?

KANGAR – “Saya berasa amat
bersalah dan bimbang selepas
teman saya menerima aib
disimbah asid. Oleh itu, saya
hendak pergi dari sini.”
Demikian luahan seorang
pondan yang mahu dikenali
sebagai Natasha, 28, yang
dikaitkan punca cemburu
seorang lelaki sehingga sanggup
bertindak menyimbah asid ke
atas rakan serumahnya di Taman
Seri Bakau di sini pada Sabtu lalu.
Kata Natasha, dia akan
membawa diri ke tempat baharu
bagi menjalani kehidupan lebih
aman bersama teman
serumahnya yang juga mangsa
kejadian, Mohd. Hafizuddin
Johari, 20.
“Sejak kami bersama, ramai
pihak tidak senang dengan
hubungan kami sehingga sering
diugut dan dicaci.
“Kejadian ini amat menakutkan
saya dan demi keselamatan dan
keselesaan hidup, kami akan
pindah,” katanya ketika ditemui
di Rumah Kelab Media Perlis di
sini semalam.

Semalam akhbar melaporkan
seorang pemuda cedera di muka
dan tangan kanan akibat
disimbah asid oleh individu tidak
dikenali ketika sedang mengunci
pagar rumahnya di Taman Seri
Bakau di sini.
Menurut polis, motif serangan
oleh suspek berusia 19 tahun itu
disebabkan cemburu ekoran
mangsa melarangnya mendekati
Natasha. Penyerang tersebut
kemudiannya berjaya diberkas.
Natasha yang bekerja sebagai
jurujual kosmetik berkata, punca
temannya diserang adalah
kerana suspek tidak berpuas hati
ekoran tidak dapat mendekati
dirinya.
“Saya dan Hafizuddin tidak
mengenali penyerang itu tetapi
disebabkan sifat dan keadaan
saya, ramai lelaki hendak
berkawan tetapi saya tidak
melayan mereka,” ujarnya lagi.
Natasha mendakwa menjadi
tumpuan ramai lelaki ekoran
minatnya yang suka menyanyi
dan menari di beberapa pusat
karaoke di sekitar pantai negeri
itu.
“Saya sayangkan Hafizuddin
sebab dia banyak menolong dan
memberi sokongan kepada saya.
Oleh itu, keputusan kami ini baik
untuk semua pihak,” ujarnya.
Sementara itu, Mohd. Hafizuddin
yang bekerja di bidang
penyediaan makanan
memberitahu, dia akan mengikut
Natasha kerana serasi hidup
bersama sejak mengenalinya
empat bulan lalu.

No comments: