Showing posts with label ketua hakim negara. Show all posts
Showing posts with label ketua hakim negara. Show all posts

Monday, September 5, 2011

KETUA HAKIM NEGARA BARU

Ketua Hakim: Arifin
Zakaria ganti Tun Zaki
KUALA LUMPUR, 5 Sept – Hakim
Besar Malaya Tan Sri Arifin
Zakaria dilantik sebagai Ketua
Hakim Negara berkuat kuasa 12
September ini, menggantikan
Tun Zaki Azmi yang mencapai
umur persaraan wajib 66 tahun
pada tarikh berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak berkata pelantikan itu
diperkenankan Yang di-Pertuan
Agong Tuanku Mizan Zainal
Abidin berdasarkan Fasal (1)
Perkara 122B Perlembagaan
Persekutuan, atas nasihat
Perdana Menteri dan selepas
berunding dengan Majlis Raja-
Raja.
Menurut kenyataan Pejabat
Perdana Menteri, Tuanku Mizan
juga memperkenankan
pelantikan Hakim Mahkamah
Persekutuan Tan Sri Zulkefli
Ahmad Makinudin sebagai Hakim
Besar Malaya menggantikan
Arifin manakala Hakim
Mahkamah Persekutuan Tan Sri
Md Raus Sharif dilantik sebagai
Presiden Mahkamah Rayuan
menggantikan Tan Sri Alauddin
Mohd Sheriff yang bersara awal.
Kesemua pelantikan itu berkuat
kuasa 12 September, demikian
menurut laporan Bernama
Online

Monday, May 23, 2011

Ketua hakim negara kini stabil di IJN

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki
Azmi kini dipindahkan ke
Institut Jantung Negara (IJN)
setelah dilaporkan terjatuh di
Hospital Putrajaya pagi ini.
Menurut sumber, beliau kini
dalam keadaan stabil.
Sebelum ini, Zaki
yang dipercayai
mengidap tekanan
darah rendah dan
komplikasi jantung
dilaporkan kritikal. difahamkan,
keluarganya kini mahukan
privasi dan tidak mahu
ditemubual dengan pihak media
buat masa ini.
Zaki, 66, dilantik sebagai ketua
hakim negara yang keenam
pada 21 Oktober 2008,
menggantikan Tun Abdul Hamid
Mohamed.

Wednesday, April 6, 2011

KETUA HAKIM NEGARA MARAH?

Ketua Hakim Negara
Tinggalkan Sidang
Media Dalam
Keadaan Marah...
Oleh SALWA SHA’ARI (the star online)
SHAH ALAM: Ketua Hakim
Negara, Tun Zaki Azmi
meninggalkan sidang media
yang diadakan selepas Majlis
Perasmian Mahkamah Khas
Jenayah Rasuah di sini pada
Rabu, dalam keadaan marah
apabila menyangkakan
wartawan telah merakamkan
visual percakapannya walaupun
telah diarah untuk tidak
berbuat demikian.
Sebaik sahaja hadir pada sidang
media tersebut, Zaki meminta
supaya wartawan tidak mula
merakamkan visual kerana
semua perkara berhubung
majlis berkenaan telah
terkandung dalam ucapan
perasmian yang dibacanya.
Bagaimanapun, tiba-tiba Zaki
melenting apabila beliau
mendapati terdapat kamera
televisyen yang sedang
merakamkan percakapannya.
“Saya dah kata jangan rakam,
tetapi kamu tetap rakam,”
katanya dalam nada yang tinggi
dalam bahasa Inggeris.
Beliau juga tidak melayani
sebarang pertanyaan para
wartawan termasuk berkaitan
beberapa prosedur baru yang
telah diperkenalkan oleh
mahkamah sejak tahun lalu lagi.
Malah pertanyaan seorang
wartawan apakah rakaman
audio dan transkrip mahkamah
boleh diperolehi pihak media
juga tidak dijawab Zaki.
Sebaliknya, beliau sekali lagi
mengulangi rasa amarahnya
kepada media kerana
merakamkan visual
percakapannya dan
menghentak meja sebelum
meninggalkan sidang media
tersebut.
Wartawan bagaimanapun terus
kekal di majlis tersebut untuk
menunggu sekiranya Zaki akan
kembali menghadiri sidang
media berkenaan.
Bagaimanapun, Zaki tidak
kembali semula menyebabkan
sidang media diadakan tanpa
kehadirannya dan digantikan
oleh Pengarah Bahagian
Pemantauan dan Penyelarasan
Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) Datuk Hisham
Nordin.
Turut menyertai sidang media
itu ialah Pengarah Unit
Pengurusan Prestasi dan
Pelaksanaan (PEMANDU) di
Jabatan Perdana Menteri, D.
Ravindra.
Seorang wartawan turut
meminta izin daripada Hisham
sekiranya sidang media
tersebut boleh dirakamkan oleh
kamera wartawan televisyen
ekoran kejadian tadi.
Hisham yang memberikan
kebenaran untuk merakamkan
visual sidang media tersebut
turut memberitahu sebenarnya
berlaku 'salah faham' dan
memohon maaf kepada wakil-
wakil media.
"Saya menanggung kesilapan
itu," katanya.
Terdahulu, majlis perasmian
tersebut juga dihadiri oleh
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) Datuk Seri Abu Kassim
Mohamad.
Zaki dalam ucapan
perasmiannya berkata,
penubuhan 14 mahkamah khas
rasuah akan mempercepatkan
pendengaran kes-kes rasuah
yang lazimnya mengambil masa
yang lama