Monday, September 5, 2011

KEBAKARAN DI BT 7 JALAN KAKIBUKIT BESERI PERLIS




Wanita Selamatkan Ibu Dan
Dua Cucu Dalam Kebakaran
KANGAR, 5 Sept (Bernama) --
Seorang wanita nekad memasuki
sebuah rumah papan yang
sedang terbakar bagi
menyelamatkan nyawa ibu dan
dua cucunya dalam kejadian di
Bukit Temiang dekat sini Isnin.
Che Jaezah Saidun, 45, berkata
semasa memasuki rumah itu, api
sudah marak di bahagian
bumbung dan telah hampir
runtuh namun bersyukur kerana
kesemua mereka dapat
diselamatkan dalam kebakaran
yang berlaku kira-kira 1.30
tengah hari.
Che Jaezah berkata ibunya,
Habibah Safar, 70, yang baru
menjalani pembedahan mata dan
duacucunya, Tengku Putra
Shakirin Mohd Nordin, 5, dan
adiknya, Tengku Putri Sofia, 3,
berada dalam rumah itu ketika
kejadian manakala beliau berada
di rumahnya yang terletak
berhampiran rumah ibunya.
Katanya beliau membawa turun
ibunya terlebih dahulu ke tempat
selamat sebelum bergegas
semula ke dalam rumah itu bagi
menyelamatkan dua cucunya
yang berada dalam sebuah bilik
manakala anggota keluarga lain
yang menghuni rumah itu keluar
bekerja.
Kebakaran itu turut
memusnahkan dua buah kereta,
sebuah van dan sebuah
motosikal.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba
dan Penyelamat Kangar, Johari
Othman ketika ditemui di tempat
kejadian berkata pihaknya
menerima panggilan pada 1.40
tengah hari dan tiba di lokasi
kejadian kira-kira 15 minit
kemudian bagi mengawal
kebakaran.
Turut membantu mengawal
kebakaran daripada merebak ke
kawasan berhampiran ialah
pasukan bomba sukarela
daripada balai bomba sukarela
Pauh, Padang Besar, Kuala Perlis,
Gial dan Kodiang.
Johari berkata punca kebakaran
masih disiasat dan kerugian
dianggarkan bernilai RM70,000





No comments: