Wednesday, February 6, 2013

Kes rogol:siapa Juara program realiti popular tv tinggal di ukay perdana ditahan reman?

AMPANG - Juara program realiti popular terbitan sebuah stesen
televisyen ditahan reman selama enam hari bermula semalam, disyaki
merogol kekasihnya, minggu lalu. Perintah reman ke atas penyanyi itu
dikeluarkan oleh Pendaftar Nur Haizan Abdul Rahman di Mahkamah
Majistret Ampang di sini. Siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara
Jenayah ke atas suspek dibuat bagi melengkapkan siasatan di bawah
Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Jika sabit kesalahan,
penyanyi itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Mengikut laporan akhbar, mangsa yang merupakan teman wanita suspek
dirogol kira- kira jam 12.40 tengah hari, 31 Januari lalu ketika
bersama penyanyi itu di rumahnya di Ukay Perdana, dekat sini.

No comments: