Friday, February 8, 2013

Bonus tabung haji


Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan bonus
Jubli Emas iaitu 6.5 peratus sebagai bonus tahunan
dan tambahan bonus khas sebanyak 1.5 peratus untuk
tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012.
Ia melibatkan jumlah pembayaran keseluruhan
sebanyak RM2.46 bilion merangkumi pembayaran
bonus tahunan sebanyak RM2.13 bilion dan bonus
khas sebanyak RM325 juta yang mana merupakan
yang tertinggi sejak 50 tahun penubuhan Tabung Haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil
Khir Baharom berkata jumlah pembayaran sebanyak
RM2.46 bilion itu adalah setelah mengambil kira
pembayaran zakat perniagaan sebanyak RM47 juta.
"Inilah hadiah ulang tahun terbaik daripada Tabung
Haji bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang
sentiasa yakin dan aktif menyimpan dana di Tabung
Haji," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan
bonus Jubli Emas itu, di ibunegara hari ini.
Beliau berkara kedudukan kewangan Tabung Haji yang
positif dan kukuh serta lebihan wang rizab yang telah
dikumpul selama tujuh lalu, membolehkan Tabung Haji
memberi hadiah istimewa ini kepada pendeposit.
Sebelum ini, Tabung Haji mengumumkan bonus enam
peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember
2013

No comments: