Tuesday, February 5, 2013

Nazmi faiz :pkns tidak kelab portugal pun sudah tidak

Ibarat dengar guruh air satu tempayan ditumpahkan!semoga pepatah ini tak betul.apapun.cerita sebenar balik kampung lama kelamaan orang akan tahu juga FAM tolak permohonan PKNS guna khidmat Nazmi lebih
awal
PETALING JAYA: Bintang muda negara Nazmi Faiz Mansor
terpaksa menangguhkan hasrat beraksi dalam liga tempatan
apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak
permohonan Selangor PKNS untuk menggunakan khidmat pemain
itu lebih awal dalam kempen Liga Super.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata
berdasarkan peraturan semasa, bekas pemain skuad Harimau
Muda A (bawah 23 tahun) itu perlu memiliki Sijil Perpindahan
Antarabangsa (ITC) sebelum mengemukakan permohonan.
Nazmi Faiz, 18, menamatkan kontrak tiga tahun dengan kelab
divisyen satu Liga Portugal, SC Beira-Mar, selepas tujuh bulan
untuk pulang beraksi dalam liga tempatan.
Kelmarin, Nazmi Faiz, mengesahkan status sebagai pemain
baharu kelab Liga Super itu, selepas mengikat kontrak selama tiga
tahun.
Azzuddin berkata, selain Sijil ITC, peraturan FAM menetapkan
mana-mana pasukan tidak boleh menurunkan pemain baharu
sehingga jendela perpindahan kedua dibuka dari 8 hingga 22 April
ini.
"Oleh sebab itu, kita terpaksa menolak permohonan PKNS untuk
mendaftar Nazmi Faiz secara serta-merta kerana pendaftaran siri
pertama perpindahan pemain Liga Malaysia tamat 6 Disember
lalu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan
perjumpaan dengan wakil PKNS, di Wisma FAM, di Kelana Jaya, di
sini, hari ini.

No comments: