Sunday, September 4, 2011

SIAPA YANG TANGGUNG DAN SIAPA YANG JAWAB

Keluarga
terdekat Noramfaizul Mohd Nor
mahu penganjur misi
kemanusiaan ke Somalia, Kelab
Putera 1 Malaysia memikul
tanggungjawab atas kematian
jurukamera Bernama TV itu
kelmarin.
Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis
Tertinggi Umno Datuk Abdul
Azeez yang juga Ketua Putera
parti itu.
“Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia)
adalah pihak yang menganjurkan
(misi)kemanusiaan). Mereka tidak
boleh lepas tangan,” kata pak cik
Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin
kepada The Malaysian Insider di
Pangkalan TUDM di sini hari ini.
“Mereka seharusnya telah
melakukan risikan awal. Ia
negara asing,” kata bekas
kakitangan awam Kementerian
Pertahanan ini.
Seorang lagi bapa saudara pak
cik Noramfaizul, Md Tahir Md
Yasin berkata kematian itu
sepatutnya boleh dielakkan.
“Mereka seharusnya memakai
baju kalis peluru. Ia bukan
negara stabil,” kata beliau
kepada The Malaysian Insider.
Bekas guru berusia 69 tahun ini
berkata, Bernama juga
seharusnya bertanggungjawab
atas kematian Noramfaizul, selain
Kelab Putera 1 Malaysia.
Mary Francis, pakar psikologi
yang merupakan salah seorang
peserta misi kemanusiaan
memberi pandangan yang
seiring dengan kenyataan Tahir
dengan berkata: “Mereka tiada
jaket kalis peluru. Ini penting di
negara yang berkonflik.”
Katanya, peserta pasukan ada
memakai jaket kalis peluru ketika
jenazah Noramfaizul dibawa
pulang.
“Bagaimanapun ia sudah
terlewat... dia mungkin selamat
jika ada mengenakan jaket,”
katanya.
Suri rumah berusia 54 tahun ini
yang menitiskan air mata
berkata, pasukan misi
kemanusiaan seharusnya telah
diberikan latihan secukupnya.
Timbalan Menteri Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan
Senator Datuk Maglin Dennis
D’Cruz berkata, wakil media misi
sewajarnya telah diberikan
latihan dan disediakan aspek
keselamatan yang baik.
“Menyediakan jaket, kereta kalis
peluru... seharusnya mereka
disediakan tahap keselamatan
tentera yang lebih baik,” katanya.
“Mereka seharusnya telah
diberikan latihan zon perang.
Peserta kali pertama (pula) tidak
seharusnya dihantar,” kata
beliau.

No comments: