Saturday, September 3, 2011

SEJARAH MILIK SEMUA

Tuan Ibrahim Tuan Man | 3 Sep,
11 11:09am
'Menang tulis sejarah, kalah buat
puisi'
Kata-kata sinis itu
menggambarkan betapa
sukarnya mencari penulisan
sejarah oleh manusia yang jujur,
kerana majoriti penulis sejarah
menulis dari perspektif di pihak
mana mereka berada dan ada
yang menulis di bawah kawalan
ketakutan dan telunjuk
golongan berkuasa.
Umum dan
rata-rata
sebenarnya
menyedari
bahawa
penulisan
sejarah akan menyebelahi
golongan yang akhirnya
mendapat kuasa atau golongan
yang menang.
Manakala bagi golongan yang
kalah pula, sejarah yang ditulis,
terutamanya apabila
bercanggah fakta dengan
sejarah golongan yang menang,
mereka tidak berani untuk
berterus-terang untuk
menyerang penulisan sejarah
golongan yang berkuasa pada
ketika peristiwa tersebut
berlaku kerana kebesaran risiko
dan tekanan yang mereka
terpaksa hadapi.
Bahkan, ada mereka yang
berani, namun lazimnya sejarah
yang ditinggalkan mereka akan
dihapuskan oleh golongan yang
menang supaya generasi
seterusnya hanya terus
mengagungkan dan
mengenangkan jasa golongan
yang menang demi kepentingan
masing-masing.
Akibatnya
golongan yang
tertewas ini lebih
selesa menulis
puisi, cerpen dan novel bagi
meluahkan bantahan dan
penentangan mereka terhadap
satu-satu isu atau tohmahan
yang dilemparkan kepada
mereka. Maka lahirlah kata-kata
sinis "yang menang tulis sejarah,
yang kalah membuat puisi".
Sejarah, sifatnya ialah
peninggalan untuk dinilai,
difahami, dipelajari dan diambil
iktibar terhadap sesuatu yang
pernah berlaku, jarang sekali ia
adalah untuk mencari kesalahan
mana-mana pihak ketika
peristiwa sejarah tersebut
berlaku.
Tidak boleh dibahas
Namun, segalanya menjadi
terbantut apabila fakta sejarah
yang ditinggalkan tidak boleh
dibahaskan, tidak boleh dicabar
dan tidak boleh dibincangkan
secara akademik, terutamanya
apabila muncul dua-tiga versi
fakta sejarah yang bercanggah
mengenai sesuatu peristiwa.
Akibat penulisan sejarah yang
tidak tepat itulah, timbulnya
usaha untuk menilai semula,
membahas, perbincangan ilmiah
dan diskusi mengenai satu-satu
fakta sejarah dari pelbagai
sudut.
Namun, harus
diingat,
perkara yang
paling malang
dalam proses
penulisan
sejarah berkisar kepada mereka
yang telah tiada untuk membela
diri mereka terhadap penulisan
yang tidak tepat terhadap
mereka dalam penulisan sejarah,
yang lumrahnya ditulis oleh
golongan yang menang.
Kemunculan waris-waris untuk
membela bagi pihak bapa, ibu
atau waris mereka juga
menambahkan warna-warni
kepada perdebatan bahan
sejarah – namun, apakah ia
tepat? Sudah tentu, ia masih
boleh dipertikai lagi.
Secara tidak sedar, rakyat dan
negara kini sedang mencipta
dan mencatitkan sejarah
tersendiri.
Apakah sejarah yang sedang
kita lakar kini, sebagai contoh
apa yang berlaku 20 tahun yang
lalu untuk generasi masa depan,
akan atau telah dibuat secara
jujur?
Jawapannya masih sama, ia
tidak jujur kerana adanya
kepentingan golongan
pemerintah dalam menjaga
minda generasi seterusnya pada
waktu ini, dengan anggapan
bahawa mereka akan kekal
berkuasa.
Sebagai contoh,
sejarah
kepimpinan
Datuk Seri Anwar
Ibrahim,
sekiranya dibahas pada masa
hadapan, apakah versi yang
bakal dicatat dalam sejarah?
Kita tidak perlu melihat jauh,
untuk seseorang yang pernah
menjadi timbalan presiden
Umno dan timbalan perdana
menteri suatu waktu dahulu,
sekarang sudahpun ditulis dan
digerombol oleh pihak
pemerintah dalam wajah baru
sebagai pengkhianat, penentang
kerajaan dan selainnya
sekiranya akhbar-akhbar pro-
kerajaan pemerintah kini
dijadikan rujukan sejarah pada
masa hadapan.
Dilenyapkan dari sejarah
Mana catatan terhadap jasa
beliau dalam membangunkan
negara, malah memajukan
Umno suatu masa dahulu?
Adakah ia akan dicatat dalam
sejarah kerajaan BN, atau akan
dipadamkan begitu sahaja?
Adakah dalam carta sejarah
kepimpinan Umno, gambar
timbalan Tun Dr Mahathir
Mohamad ini pada 1990-an
akan dihilangkan begitu sahaja
dalam sejarah?
Sejarah apa pula mengenai
beliau yang akan dituliskan
dalam buku sejarah yang bakal
diajar kepada pelajar pada masa
depan?
Demikian juga
dengan
sejarah
presiden PAS
Datuk Seri
Abdul Hadi
Awang sebagai menteri besar
Terengganu yang cuba dibuang
dari sejarah, sehinggakan
gambar beliau sebagai menteri
besar cuba dihilangkan.
Inilah realiti dalam permainan
penulisan sejarah manusia oleh
golongan yang menang, yang
menjadi punca utama pahlawan-
pahlawan negara yang bangun
berjuang bermati-matian seperti
Mat Kilau, Tok Gajah, Datok
Bahaman di Pahang, Abdul
Rahman Limbong di
Terengganu, Tok Janggut di
Kelantan, Datuk Maharajalela dan
Si Puntong di Perak, Dol Said di
Negeri Sembilan/Melaka dan
puluhan pimpinan yang lain
yang kini lenyap dari sejarah.
Yang muncul, dicatat, dihargai
malah tidak boleh dipertikaikan
hari ini hanyalah pejuang yang
diterima oleh Inggeris dalam
sejarah penjajahan mereka
terhadap Tanah Melayu.
Sesiapa yang
ingin mengungkit
semula jasa
golongan yang
tertewas,
walaupun jasa
mereka berharga
akan terus dicop sebagai
pengkhianat atau penyokong
golongan tertentu dan cuba
mengubah sejarah negara oleh
pihak pemerintah.
Benarlah juga, mereka yang
diterima sebagai pejuang oleh
penjajah Inggeris ada jasa
dalam usaha memerdekakan
negara; namun namun pada
masa yang sama benarlah juga
ungkapan di atas "Yang menang
tulis sejarah, yang kalah
membuat puisi".
Janganlah kita lupa pula dengan
pejuang rakyat yang tidak
diiktiraf, malah digelar sebagai
pengganas oleh pihak penjajah
atau golongan pemenang,
mereka juga ada jasanya yang
patut dimartabatkan dalam
sejarah negara.
Biarlah para
pembaca
sejarah
menilai
kedudukan
tokoh-tokoh negara pra-
kemerdekaan yang tercatit
dalam sejarah ini secara
peribadi dengan fakta sejarah
yang cukup – walaupun
kesudahan tafsiran mereka
mungkin bercanggah dengan
versi sejarah yang dihasratkan,
pihak pemerintah dinasihatkan
jangan pula cepat mencela
mereka ini.
Kerana ini adalah fenomena
yang bagus untuk negara yang
menunjukkan rakyat semakin
matang dalam mengkaji
maklumat yang diterima mereka
sebelum menerimanya bulat-
bulat tanpa soal selidik seperti
dulu.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
adalah ketua penerangan PAS
dan pesuruhjaya PAS Pahang.

No comments: