Tuesday, July 26, 2011
KENALI DUIT SYILING BARU
"Motif reka bentuk duit syiling
ini memaparkan keindahan alam
semulajadi, flora dan fauna dan
seni kraftangan tradisional yang
terdapat di Malaysia," kata beliau
pada majlis pelancaran 500,000
set duit syiling peringatan bagi
menandakan siri-siri duit syiling
baharu itu di Kuala Lumpur,
semalam.
Beliau berkata yang siri duit
syiling baharu ini lebih kecil dan
ringan untuk memudahkan
orang ramai menggunakannya.
Ia juga mempunyai sisi tepi yang
berbeza-beza bagi memudahkan
orang ramai dan mereka yang
kurang upaya penglihatan
mengenali dan membezakannya.
Duit syling berwarna kuning dan
perak ini dibuat dengan
menggunakan kemajuan terkini
teknologi pembuatan duit syiling
dengan memasukkan ciri-ciri
keselamatan yang lebih baik
untuk mengelak daripada
pemalsuan.
Logam baharu yang
digunakan untuk
membuat duit syiling
ini adalah dari jenis
yang lebih berkualiti
dan tahan lama.
Siri baharu ini akan
berada dalam edaran
bersama-sama
dengan siri yang sedia ada. Siri
yang sedia ada akan dikeluarkan
daripada edaran secara
beransur-ansur.
Bank pusat juga akan
bekerjasama dengan institusi
kewangan, perniagaan dan
vendor yang mengendalikan
wang tunai untuk memastikan
peralihan yang lancar siri baharu
ini.
"Vendor yang mengendalikan
mesin wang tunai akan
diberikan tempoh enam bulan
untuk mengubah suai mesin
bagi memudahkan penggunaan
duit syiling baharu ini," kata Zeti.
Pada majlis itu, beliau turut
memperkenalkan siri keempat
duit kertas baharu yang akan
dilancarkan oleh Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak
pada bulan September.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment