Tuesday, July 26, 2011

KABAR BAIK PUNYA UNTUK KORANG CIKGU SANDARAN

PUTRAJAYA, 26 Julai (Bernama) --
Seramai 13,000 orang Guru
Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
akan diserapkan sebagai guru
tetap, kata Timbalan Menteri
Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata surat tawaran
telah dikeluarkan kepada semua
GSTT tersebut mulai bulan lepas
setelah mendapat kebenaran
daripada Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) untuk mewujudkan
jawatan baru kepada mereka.
"Sasaran pihak kementerian
adalah mahukan semua jawatan
GSTT menjadi guru tetap dan
tiada lagi isu mengenai tidak
sambung kontrak.
"Namun mereka perlu memenuhi
syarat yang ditetapkan iaitu
pernah berkhidmat sebagai GSTT
selama dua tahun berturut-turut
dan umur mereka tidak melebihi
35 tahun pada 31 Dis 2010,"
katanya kepada pemberita
selepas menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah
Pertandingan Akhir Rekacipta
dan Inovasi Bot Lumba RA3
peringkat kebangsaan di Sekolah
Menengah Kebangsaan Presint 9
(2) di sini Selasa.
Mohd Puad berkata GSTT yang
layak akan diserap mengikuti
kursus sama ada di institut
pendidikan guru atau program
Kursus Dalam Cuti sebelum
diserap sebagai guru tetap.
Mereka juga harus bersedia
ditempatkan di sebarang
kawasan yang diperlukan
mereka bertugas di seluruh
negara, katanya.

No comments: