Wednesday, July 6, 2011

kisah meyayat hati di hari isninkisah meyayat hati di hari isnin

Kanak-kanak kembar
perempuan rentung
berpelukan
KUALA TERENGGANU, 6 Julai —
Pasangan kembar perempuan
berusia tiga tahun ditemui
rentung dalam keadaan
berpelukan selepas rumah
mereka di Kampung Durian Mas,
Manir di sini musnah dalam
kebakaran pagi semalam.
Norfatin Fazanah Hamid dan
Norfatin Fazana ditemui dalam
timbunan kain di bilik mereka di
rumah Projek Perumahan Rakyat
Termiskin (PPRT) oleh Pasukan
Bomba dan Penyelamat sejurus
memadamkan kebakaran yang
bermula kira-kira 9.18 pagi.
Bapa mangsa, Hamid Mustafa, 44,
berkata ketika kejadian dia tidur
di ruang tamu dan hanya
menyedari mengenai kebakaran
itu setelah dikejutkan sepupunya
Wan Norizan Wan Ismail, 40,
yang duduk berjiran dengannya.
“Saya hanya menyedari kejadian
selepas sepupu menjerit rumah
saya terbakar dan saya
memanggil kedua-dua anak
tetapi gagal menemui mereka,”
katanya ketika ditemui di tempat
kejadian, semalam.
Menurut laporan Berita Harian
hari ini, Hamid yang menghidap
penyakit epilepsi tidak
menyangka kerenah anak kelima
dan keenam itu meminta
dihantar ke klinik setelah demam
dua hari adalah petanda mereka
akan pergi untuk selama-
lamanya.
“Sebelum tidur, anak ada
menyuruh hantar ke klinik sebab
demam dan mereka ada
memberitahu nak ke klinik dan
tidak mahu balik lagi,” katanya.
Ibu kanak-kanak itu, Suriani
Sulong, 40, yang ditemui di bilik
mayat Hospital Sultanah Nur
Zahirah pula berkata, ketika
kejadian dia tidak berada di
rumah kerana bekerja sebagai
tukang sapu di Sekolah
Menengah Agama Khairiah, Kuala
Terengganu.
“Saya hanya mengetahui
kejadian itu selepas mendapat
panggilan telefon daripada
seorang rakan kira-kira 9.30 pagi
yang menyatakan rumah saya
terbakar,” katanya dengan sayu
dan kelihatan masih
kebingungan dengan kejadian
malang itu.
Katanya, pasangan kembar itu
sempat memintanya mencium
mereka sebelum dia keluar
bekerja kira-kira 7.30 pagi.
Pasangan suami isteri itu
mempunyai enam anak terdiri
daripada tiga lelaki dan tiga
perempuan berumur antara tiga
hingga 18 tahun.
Bagaimanapun kerana
kesempitan hidup, dua daripada
anak mereka iaitu berusia 11
dan 17 tahun tinggal dengan
saudara di Kemaman.

No comments: