Thursday, July 7, 2011

DRAMA TEBUSAN DI MUAR JOHORDRAMA TEBUSAN DI MUAR JOHOR

30 murid, 3 guru
tadika di Muar jadi
tebusan lelaki
bersenjata
MUAR, 7 Julai — Tiga guru dan
kira-kira 30 murid tadika
dijadikan tebusan seorang lelaki
bersenjatakan parang yang
menceroboh Tadika Serikids di
Taman Sungai Abong Cemerlang
dekat sini.
Laporan Bernama Online
menyebut polis menerima
maklumat kejadian itu kira-kira
pukul 9.30 pagi tadi dan lelaki itu
mendakwa sudah mencederakan
seorang budak dah mengugut
akan mencederakan lebih ramai
lagi jika polis memasuki rumah
berkenaan.
Sehingga pukul 12 tengah hari
polis masih berusaha
membebaskan tebusan itu.30 Kanak-kanak, Empat Guru
Selamat Selepas Drama
Tebusan Selama Lima Jam
MUAR, 7 Julai (Bernama) -- Drama
tebusan di pusat asuhan kanak-
kanak di Taman Sungai Abong
Cemerlang di sini, berakhir
dengan kegembiraan apabila
semua 30 kanak-kanak dan
empat guru mereka
diselamatkan tanpa kecederaan
selepas lima jam dikurung.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk
Jalaluddin Abdul Rahman berkata
polis berjaya menyelamatkan
mereka selepas menembak lelaki
berusia 30-an bersenjatakan
parang dan tukul besi yang
menahan mereka sejak pagi.
"Lelaki dipercayai penagih dadah
itu dilapor memasuki pusat
jagaan di rumah dua tingkat itu
pada pukul 9.45 pagi tadi,"
katanya kepada pemberita di
lokasi kejadian.
Polis yang tiba tidak lama
kemudian mendapati semua
kanak-kanak yang berusia antara
duadan enam tahun serta guru
mereka dikurung di sebuah bilik
di tingkat atas dengan kesemua
pintu dikunci menggunakan
mangga khas yang dibawa lelaki
tersebut.
Jalaluddin berkata polis
memulakan rundingan dengan
lelaki itu pada pukul 11 pagi
termasuk meminta bantuan
keluarga suspek bagi
memujuknya membebaskan
tebusan.
Semasa rundingan itu lelaki
terbabit mengemukakan
tuntutan yang tidak munasabah
kepada pihak berkuasa termasuk
meminta sepucuk pistol bersama
peluru.
"Polis dalam masa yang sama
juga cuba berkomunikasi
dengan salah seorang guru
dengan memintanya
membalingkan nota ke luar
tingkap bagi memaklumkan
keadaan mereka. Polis turut
meminta pintu bilik di tingkat
atas itu dikunci dan disendal
dengan kerusi," katanya.
Jalaluddin berkata
bagaimanapun rundingan itu
gagal menyebabkan polis
bertindak memecah masuk ke
rumah itu pada pukul 3.05
petang selepas yakin semua
tebusan berada dalam keadaan
selamat.
"Lelaki itu yang kemudian
menyedari kehadiran polis di
dalam rumah terus bertindak
menyerang seorang anggota
polis dengan menyembur alat
pemadam api sambil membawa
tukul besi, parang dan pistol
stapler.
"Polis dalam usaha
mempertahankan diri pula
terpaksa melepaskan satu
tembakan ke arah lelaki terbabit
yang mengenai kepalanya,"
katanya.
Beliau berkata kesemua kanak-
kanak dan guru berkenaan
dihantar ke Hospital Pakar
Sultanah Fatimah di sini, kira-kira
pukul 4 petang untuk rawatan
selanjutnya.
Katanya lelaki itu yang cedera di
kepala turut dihantar ke hospital
terbabit.
Jalaluddin berkata siasatan awal
mendapati lelaki yang berasal
dari daerah ini memasuki pusat
jagaan itu dengan memanjat
pagar.
Lelaki itu juga dipercayai
mempunyai dua rekod memecah
masuk ke tadika di daerah ini
iaitu Tadika Warna Sari pada 12
Jan 2009 dan Tadika Senario
pada 10 Mac tahun lepas,
katanya.

No comments: