Sunday, July 31, 2011

ANTARA KALAH DAN PUTUS TUNANG



KUALA LUMPUR, 31 Julai —
Kegagalan skuad Harimau Malaya
meneruskan kemaraan pada
kempen bola sepak kelayakan
Piala Dunia merupakan satu
tamparan hebat kepada penjaga
gol negara Khairul Fahmi Che Mat
walaupun beraksi cemerlang
ketika mengikat Singapura 1-1 di
Stadium Nasional Bukit Jalil,
Khamis lalu.
Namun di sebalik
kecemerlangannya di gawang
gol, Khairul Fahmi yang lebih
dikenali sebagai “Apek” rupa-
rupanya memendam rasa
berikutan badai yang melanda
pertunangannya dengan Aimie
Harmelia Mohd Hashumi atau Elia,
22.
Selepas dikaitkan dengan orang
ketiga dalam hubungan dengan
Elia, Khairul Fahmi, 22, nekad
menceritakan perkara sebenar
bagi menjelaskan kemelut yang
melanda dirinya.
Mengikut laporan Metro Ahad,
anak kelahiran Kelantan ini
menjelaskan, fitnah yang
dilemparkan kononnya dia
mempunyai hubungan dengan
wanita lain di laman web dan
blog adalah tidak benar sama
sekali.
Kata Khairul Fahmi, disebabkan
fitnah itu hubungannya dengan
Elia semakin renggang.
“Sebenarnya saya tampil
membuat kenyataan ini kerana
tidak mahu perkara
membabitkan saya dan Elia
berpanjangan, selepas berfikir
panjang dan berbincang
bersama keluarga saya perlu
memberitahu peminat mengenai
perkara sebenar.
“Saya tahu cerita mengenai saya
bersama wanita lain tersebar
luas dalam pelbagai laman web
dan blog. Begitupun saya ingin
menjelaskan semua itu tidak
benar. Saya bukan kaki
perempuan atau ‘playboy’. Semua
itu adalah tuduhan yang tidak
berasas,” katanya.
Khairul Fahmi telah memutuskan
pertunangannya dengan Elia
pada Khamis lalu.
“Kerana isu berkenaan
hubungan saya dengan Elia
semakin renggang. Malah sejak
ia menjadi lebih teruk, Elia
memberitahu saya dia
mendengar cerita kononnya saya
berjumpa seorang wanita lain di
luar dan berpimpin tangan.
“Selain itu beberapa gambar
wanita lain turut tersebar di
Internet dan ia dikaitkan dengan
saya. Dalam banyak-banyak
gambar, hanya beberapa gambar
yang saya kenal. Antaranya ialah
Dahlia,” kata Khairul Fahmi.
Jelasnya, hubungan dengan
Dahlia tidak lebih dari seorang
kawan selain mengakui turut
mengenali keluarga gadis itu.
“Namun Dahlia bukan kekasih
saya seperti didakwa ramai
pihak. Dia sekadar kawan dan
kami juga tinggal sekampung (di
Kelantan) malah saya juga rapat
dengan keluarganya.
“Hubungan saya dengan Dahlia
tidak lebih sebagai seorang
abang dengan adik, lebih-lebih
lagi dia masih berusia belasan
tahun.
“Selain itu ada yang mengatakan
wanita yang berdua-duaan
dengan saya dalam gambar
adalah Dahlia. Sebenarnya,
gambar itu diambil ketika sesi
temubual saya bersama
wartawan dan wanita yang
bergambar dengan saya adalah
rakan kepada seorang
wartawan. Jadi tidak timbul isu
saya bergambar mesra dengan
Dahlia atau wanita lain,” jelas
Khairul Fahmi.
Menceritakan lebih lanjut
mengenai hubungannya dengan
Elia, Khairul Fahmi yang pernah
menerima Anugerah Penjaga Gol
Terbaik Bola Sepak Kebangsaan
100Plus-FAM 2010 berkata dia
sebenarnya masih menyayangi
bekas tunangnya itu.
Katanya, keputusan untuk
memputuskan pertunangan
dengan Elia adalah pilihan yang
tepat untuk menyelesaikan
semua masalah yang dikaitkan
dengan dirinya.
“Terus terang, saya masih
menyayanginya. Malah
perkenalan yang dibina selama
dua tahun membawa kami
melalui pelbagai perkara
bersama. Cuma bila keadaan
bertambah kerus dan
berpanjangan, saya perlu
membuat keputusan muktamad.
“Kini selepas berfikir panjang
dan berbincang dengan
keluarga, saya mengambil
keputusan yang saya rasakan
sesuai bagi menjaga hati semua
pihak iaitu memutuskan tali
pertunangan kami. Saya yakin ini
keputusan tepat dan saya sudah
berbincang dengan Elia. Namun
dia tidak pasti mahu
menerimanya atau tidak,”
katanya.
Tegas Khairul Fahmi, keputusan
yang dibuat itu tiada kaitan
dengan orang ketiga tapi dibuat
atas dasar mahu menjaga hati
semua pihak terutamanya
keluarga Elia.
“Saya ingin tegaskan, keputusan
ini tiada kaitan dengan orang
ketiga. Saya tahu pasti akan ada
cerita yang tidak enak apabila
kenyataan ini dibaca oleh
masyarakat. Suka atau tidak, saya
perlu berdepan semua kritikan
demi membela semua orang
yang saya sayang.
“Lagipun masalah antara kami
sudah lama berpanjangan. Cuma
ia tidak diperbesarkan, lebih-
lebih lagi ia cuma membabitkan
kami berdua. Namun bila ia
merebak dan melampaui batas
saya perlu segera
menyelesaikannya,” katanya.
Tambah Khairul Fahmi, dia akan
memberikan fokus sepenuhnya
kepada bola sepak selain
berharap tiada lagi kontroversi
tentang dirinya.
“Untuk setahun dua ini, saya
bertekad mahu fokus
sepenuhnya kepada bola sepak.
Saya tidak mahu sebarang
kontroversi merencatkan
perjalanan kerjaya saya dan ia
antara sebab kenapa saya buat
keputusan,” katanya.
Pada perlawanan timbal balik
menentang Singapura, skuad
bimbingan Datuk K. Rajagobal
gagal bangkit menebuskan
kekalahan pada perlawanan
pertama yang menyaksikan
Malaysia tewas dengan agreget
4-6.

No comments: