Thursday, April 14, 2011

USTAZ PENYELIA ASRAMA SAR JEJAWI PERLIS DITUDUH BUNUH PELAJAR



Seorang penyelia asrama
dihadapkan ke Mahkamah
Majistret di sini Khamis atas
tuduhan membunuh seorang
murid berusia tujuh tahun pada
31 Mac lalu.
Hanif Mohd Ali, 26, dituduh
membunuh Saiful Syazani Saiful
Sopfidee pada tarikh berkenaan
antara pukul 6 petang dan 12
malam di bilik warden asrama
putera Sekolah Rendah Islam Al
Furqan, Jejawi dekat sini.photo nst


Dia dituduh mengikut Seksyen
302 Kanun keseksaan dan boleh
dihukum mengikut seksyen yang
sama.
Hanif mengaku faham atas
pertuduhan yang dibacakan
namun tiada pengakuan
direkodkan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan
Pendakwa Raya Azman Abu
Hassan manakala tertuduh
diwakili Mohd Fikri Abdul
Rahman dan Zulmi Sabri.
Sementara itu majistret,
Nurshahidan Abdul Rahim tidak
membenarkan permohonan
Mohd Fikri yang memohon
mahkamah menghadkan liputan
wartawan semasa prosiding
berlangsung.
Mohd Fikri berkata, penulisan
yang terlalu bebas boleh
menimbulkan prejudis dan
subjudis serta mengganggu
proses mahkamah selain
dibincang oleh orang awam.
Bagaimanapun Azman
membantah permohonan Mohd
Fikri dan beliau menyifatkan
wartawan yang membuat liputan
adalah matang dan mereka
bebas menulis.
Katanya, tiada apa peraturan
yang patut dikenakan ke atas
media oleh mahkamah dalam kes
itu.
Mahkamah kemudiannya
menetapkan 13 Mei 2011 bagi
sebutan kes dan tertuduh juga
tidak dibenarkan ikat jamin.

2 comments:

hana said...

semoga die diadili dengan sebaiknye..

Anonymous said...

Semoga kedua pihak Sama sama dapat keadilan