Sunday, April 3, 2011

GEMPAQ:MURID S.A.R JEJAWI PERLIS KENA "BELASAH" USTAZ AKHIRNYA MENINGGAL



Sungguh malang nasibmu nak...hanya alfatihah yang kami hadiahkan padamu..

Murid Kena Pukul Meninggal
Dunia, Penyelia Asrama Ditahan
ALOR SETAR, 3 April (Bernama) --
Murid yang dikatakan dipukul
oleh seorang guru di asrama
sebuah Sekolah Agama Rakyat di
Jejawi, Perlis sehingga koma
Khamis lalu, meninggal dunia di
Hospital Sultanah Bahiyah di sini
Ahad.
Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7,
disahkan meninggal dunia pada
pukul 8.50 pagi tadi sejak
dimasukkan ke hospital
berkenaan Jumaat lepas.
Mayatnya dikebumikan di Tanah
Perkuburan Kampung Tok
Paduka, Kangar petang ini.
Kejadian tersebut dilaporkan
berlaku pada pukul 7 malam
pada hari kejadian apabila
seorang guru lelaki yang
berumur 26 tahun dikatakan
telah memukul kanak-kanak
tersebut selama hampir dua jam
sehingga dia pengsan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Perlis, Supt Nashir Ya berkata
suspek yang juga Penyelia
Asrama sekolah berkenaan telah
ditahan pada pukul 10 malam
tadi.
"Polis masih menunggu laporan
bedah siasat dan menyiasat kes
ini di bawah Seksyen 302 Kanun
Keseksaan," katanya.
Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin,
38, berkata sebelum dimasukkan
ke Hospital Sultanah Bahiyah,
anak angkatnya yang tidak
sedarkan diri itu dibawa ke
Hospital Tuanku Fauziah, Kangar
pada pukul 1.40 pagi Jumaat.
"Saya dapat panggilan daripada
seorang ustaz. Dia tanya sama
ada Saiful ada penyakit tarik
(sawan). Saya kata tak ada. Lepas
tu dia kata dia nak datang ambil
saya ke hospital sebab Saiful
masuk hospital dan kena pindah
ke hospital di Alor Setar," katanya
di rumah mayat Hospital Sultanah
Bahiyah.
Hazirah berkata dia dapat
melihat kesan melecet pada
pergelangan tangan mangsa
selain kesan lebam di bahagian
matanya.
"Saya diberitahu Saiful alami
pendarahan di bahagian kepala.
Pada mulanya doktor kata dia
stabil tapi semalam (Sabtu)
doktor beritahu dia sudah tak
ada harapan untuk hidup,"
katanya.
"Ketika mula-mula masuk asrama,
arwahgembira sangat-sangat.
Dia kerap balik sebab sekolah tak
sampai satu kilometer dari
rumah kami," tambahnya.
Bapa kandung mangsa, Saiful
Sopfidee Marzuki, 34, berkata
anaknya dipelihara oleh keluarga
angkat selepas isterinya
meninggal dunia ketika Saiful
Syazani baru berusia tiga tahun.
"Kali terakhir saya bertemu anak
saya setahun lalu, sebab saya
tinggal di Langkawi dan baru
berpindah ke Jitra sebulan lalu,"
katanya.
Saiful Sopfidee berkata dia
dimaklumkan mengenai kejadian
yang menimpa anaknya pada
pukul 8 pagi pada hari Jumaat
bahawa Saiful Syazani
dimasukkan ke hospital kerana
dipukul orang.
Selepas melihat keadaan anaknya
akibat dipukul, Saiful Sopfidee
telah membuat laporan polis di
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah
pada petang Jumaat.

No comments: