Thursday, April 14, 2011

PELAJAR CEMERLANG UPSR GATAL NAK KAHWIN

Akhirnya tercapai juga hajat dihati untuk kahwin.pedulikan apa kata adik beradik,yang penting nikmati dulu gelaran sorang isteri,sapa tahu boleh jadi isteri cemerlang dan terbilang.

Pelajar pintar yang pernah
menghilangkan diri, Halimaton
Abdul Rashid, 16, dikatakan telah
bernikah dengan teman
lelakinya, Adam di selatan
Thailand minggu lalu.
Perkembangan terbaru itu
dilaporkan merunsingkan
keluarga terutama ibunya,
Normah Abdul Mutalib, 45, yang
terkejut dengan tindakan
Halimaton.
“Dia telah bernikah dengan
pemuda tersebut di selatan
Thailand minggu lalu dan kini
tinggal bersama di Langkawi,”
kata Normah dipetik Utusan
Malaysia hari ini.
Normah, yang ditemui di Baling
berkata, perkara itu
dimaklumkan sendiri oleh pelajar
tingkatan empat tersebut ketika
menghubungi keluarganya tiga
hari lalu selepas dia
menghilangkan diri buat kali
kedua baru-baru ini.
Pada 22 Mac tahun lalu,
Halimaton yang memperoleh 5A
dalam Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) 2007,
menyebabkan kegemparan
apabila didapati hilang dari
rumah kakaknya di Bandar Puteri
Jaya, Sungai Petani sebelum
ditemui tinggal bersama teman
lelakinya di Langkawi.
Selepas dipujuk, Halimaton
berjaya dibawa pulang ke
pangkuan keluarga dan
diletakkan di bawah
pengawasan Jabatan Kebajikan
Masyarakat

No comments: