Friday, April 29, 2011

PERLIS SINGA UTARA GUNA JURULATIH ASING SEBAGAI TALIAN HAYAT

Perlis Dapatkan Khidmat Janos
Krescka Sebagai Jurulatih
KANGAR, 29 April (Bernama) --
Bekas jurulatih KL Plus, Janos
Krescka dari Hungray, dilantik
sebagai jurulatih baru pasukan
Perlis bagi menggantikan
jurulatih sementara skuad Singa
Utara itu, Mohd Salim Tofel
Mohamad.
Presiden Persatuan Bolasepak
Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan
Kassim berkata pelantikan
Krescka berkuatkuasa semalam
dan jurulatih itu dipilih
berdasarkan pengalamannya
mengendalikan pasukan KL Plus
pada tahun lepas.
Beliau berkata jurulatih itu juga
telah melihat prestasi skuad
Singa Utara yang dibarisi pemain
muda semasa beraksi
menentang Pahang di Stadium
Utama Kangar Selasa lepas. Pada
perlawanan itu Perlis tewas 1-2.
Shahidan berkata Krescka
berkeyakinan bahawa Perlis
masih mempunyai ruang untuk
bangkit semula pada baki 11
perlawanan walaupun pasukan
itu kini berada di tangga
tercorot.
Krescka telah menandatangani
kontrak selama setahun untuk
bersama skuad Singa Utara di
sini semalam dan jika prestasi
memberansangkan, kontrak
akan disambung lagi selepas itu,
katanya di sini, pada Jumaat.
Mengulas mengenai
pengambilan pemain import,
Shahidan berkata Perlis
bercadang menggabungkan
pemain berpengalaman dengan
pemain import yang telah
disenaraikan untuk ke Piala
Presiden.

No comments: