Thursday, April 28, 2011

DIMASJID AMRU AL ASH KAN KU UCAP LAFAS SUMPAH DI SINI


SUMPAH LAKNAT MESTILAH
MENGIKUT PRINSIP SYARAK
Petaling Jaya, Selangor, 28 April
2011, KEADILAN ingin
menjelaskan bahawa isu yang
ditimbulkan oleh pelbagai pihak
tentang keperluan Anwar
Ibrahim untuk mengangkat
sumpah laknat (mubahalah)
hendaklah diselesaikan mengikut
prinsip dan kaedah syarak.
Cara yang telah disarankan
tersebut adalah tidak menepati
dengan kaedah syarak yang
sebenarnya. Sheikh Yusuf al-
Qardhawi, seorang ilmuan
ternama dunia yang berautoriti
dalam bidang syari’ah
menjelaskan bahawa orang yang
menuduh wajib mengemukakan
bukti (4 orang saksi yang adil).
Ini adalah ketetapan Allah yang
tidak boleh dikompromikan dan
orang yang tertuduh tidak
dituntut untuk bersumpah
kerana pada dasarnya setiap
manusia itu bersih daripada
sebarang tuduhan.
Jika semua kes jenayah mahu
diselesaikan dengan amalan
bersumpah, maka tidaklah perlu
diwujudkan mahkamah, hakim
ataupun polis. Semua pelaku
jenayah boleh sewenang-
wenangnya melepaskan diri
mereka dengan hanya
melakukan sumpah. Akibatnya
sistem kehidupan negara akan
menjadi porak puranda.
Namun begitu, inilah yang
dilakukan oleh mereka yang
tergolong dari kalangan orang-
orang munafik. Demikianlah
gambaran al-Qur’an:
“Mereka (orang-orang munafik)
menjadikan sumpahnya (atau
akuannya) sebagai perisai (untuk
menyelamatkan dirinya dan harta
bendanya daripada dibunuh atau
dirampas), lalu mereka
menghalang (dirinya dan orang
lain) dari menurut jalan Allah.
Sesungguhnya amatlah buruk
apa yang mereka telah kerjakan.
“(Al-Munafiqun: 2).
Sifat orang-orang munafiq ini
memang pandai berpura-pura,
berlakon dan bijak berkata-kata.
Namun begitu, mereka sentiasa
dihimpit rasa cemas dan gelabah
serta bersifat angkuh dan
sombong. Ini jelas dinyatakan
Allah di dalam ayatnya yang
bermaksud:
“Dan apabila engkau melihat
mereka, engkau tertarik hati oleh
tubuh badan mereka (dan
kelakuannya) dan apabila mereka
berkata-kata, engkau juga
(tertarik hati) mendengar tutur
katanya (kerana manis dan petah
sekalipun kosong). (Dalam pada
itu) mereka adalah seperti
batang-batang kayu yang
tersandar (batang buruk hampas
dan kosong). Mereka (kerana
merasai bersalah, sentiasa dalam
keadaan cemas sehingga)
menyangka tiap-tiap jeritan (atau
riuh rendah yang mereka
dengar) adalah untuk
membahayakan mereka. Mereka
itulah musuh yang sebenar-
benarnya maka berjaga-jagalah
engkau terhadap mereka.
Semoga Allah membinasa dan
menyingkirkan mereka dari
rahmatNya. (Pelik sungguh!)
Bagaimana mereka dipalingkan
(oleh hawa nafsunya dari
kebenaran)? (4) Dan apabila
dikatakan kepada mereka:
Marilah (bertaubat) supaya
Rasulullah meminta ampun
(kepada Allah) untuk kamu,
mereka (enggan sambil)
menggeleng-gelengkan
kepalanya dan engkau melihat
mereka berpaling (dari
bertaubat) serta mereka berlaku
sombong angkuh.”(Al-
Munafiqun:3-5).
Isu yang ditimbulkan sebenarnya
adalah sebahagian daripada
gerakan fitnah yang dilakukan
oleh musuh-musuh politik Dato
Seri Anwar Ibrahim sejak 12
tahun yang lalu. Gerakan fitnah
yang semakin menggila sekarang
ini adalah manifestasi dari
mentaliti tertekan dan
kecemasan melampau lantaran
sokongan rakyat yang semakin
meningkat kepada DSAI dan
Pakatan Rakyat sekarang ini.
Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan
Tel : 019-332-8302
eMail : dr_manuty@hotmail.com

No comments: