Friday, April 8, 2011

MANIFESTO POLITIK PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK 2011

Berikut adalah manifesto Barisan
Nasional Sarawak menjelang
Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10
2011.
Jaminkan Masa Hadapan Anda
Dengan BN.
1) Memelihara keamanan,
keharmonian, kestabilan dan
tadbir urus yang baik untuk
Sarawak
2) Memelihara alam sekitar,
budaya, warisan dan
kepercayaan semua kaum
3) Menyediakan peluang
pekerjaan untuk semua
4) Menjana lebih banyak peluang
perniagaan untuk semua
5) Menyediakan peluang
pendidikan untuk anak-anak kita
6) Menjamin hak rakyat ke atas
tanah mereka dipelihara
7) Meningkatkan mutu dan
kualiti hidup golongan yang
miskin dan kurang bernasib baik
8 ) Memastikan mutu jalan raya,
bekalan air dan elektrik, khidmat
kesihatan dan perumahan
sentiasa dipertingkatkan
9) Mempunyai rancangan jelas
untuk memastikan Sarawak
berada di landasan ke arah
menjadi negeri terkaya di
Malaysia


Manifesto pakatan rakyat pilihan raya negeri sarawak

KAMI, PAKATAN RAKYAT SARAWAK,
BERIKRAR AKAN MELAKSANAKAN
dasar-dasar berikut untuk
Sarawak.
1. KEBEBASAN KEPERCAYAAN
KAMI MENJAMINKAN KEBEBASAN
BERAGAMA seperti termaktub
dalam Perlembagaan
Persekutuan tanpa sebarang
bentuk halangan dan tidak akan
mendiskriminasikan dalam
proses bantuan dan peruntukan
bagi sesuatu kepercayaan atau
agama, sekaligus mengekalkan
status Sarawak sebagai sebuah
negeri bersifat sekular.
2. PENTADBIRAN YANG BAIK
KAMI JANJIKAN PENTADBIRAN
YANG BAIK berdasarkan prinsip-
prinsip antarabangsa Cekap,
Akauntabel dan Telus (CAT), yang
akan mewujudkan dan
menggalakkan sesatu
pentadbiran bersih berdasarkan
kebajikan rakyat, peluang
perniagaan yang saksama, dan
mengembalikan kebanggaan
terhadap negara, patriotisme
dan harga diri di sektor awam.
KAMI JANJIKAN KEADILAN DALAM
PENGAGIHAN pendapatan dan
kekayaan negeri Sarawak dan
menamatkan amalan pilih kasih,
rasuah, kronisme dan nepotisme.
KAMI BERJANJI UNTUK
MENUBUHKAN SEBUAH
SURUHANJAYA PENYIASATAN
BEBAS untuk menyiasat tuduhan-
tuduhan kekayaan yang
diperolehi secara haram ahli-ahli
politik BN serta kroni-kroni
mereka dan untuk
mengembalikan kekayaan
kepada rakyat Sarawak.
KAMI BERJANJI UNTUK
MENUBUHKAN SEBUAH
OMBUDSMAN untuk menerima
aduan daripada orang awam
untuk tujuan menentang rasuah
dan penyalahgunaan kuasa oleh
menteri-menteri kerajaan dan
ketua-ketua jabatan.
KAMI BERIKRAK UNTUK MEMULIH
KEMBALI pilihanraya untuk semua
pihakberkuasa tempatan
termasuk adat ruai dan / atau
adat memilih Ketua Kampung
atau Ketua Masyarakat supaya
mengembalikan kuasa kepada
rakyat pada semua peringkat.
3. REFORMASI TANAH &
SURUHANJAYA TANAH PUSAKA
BUMIPUTRA
(a) semua pajakan yang telah
luput akan diperbaharui untuk
99 tahun tanpa
sebarang syarat;
(b)semua notifikasi s.47 akan
lelap secara automatik selepas 2
tahun pewartaan;
(c) allin perpetuity land titles and
999-year leases will remain when
landis approved for
development;
(d)pemberi milikan tanah akan
dijalankan melalui tender
terbuka; dan
(e)Suruhanjaya Tanah Pusaka
Bumiputra akan dibentuk untuk
menyiasat semua tuntutan Tanah
Hak Adat Bumiputra (NCR), dan
selepas itu mengkaji selidik dan
mengeluarkan geran atau
pajakan bagi tanah yang
dipersoalkan sejajar dengan adat
kaum asli Sarawak.
4. PEMBASMIAN KEMISKINAN
KAMI BERJANJI untuk
menubuhkan Dana Pembaskian
Kemiskinan sebanyak RM1
Billion untuk memastikan
bahawa tiada keluarga di
Sarawak terpaksa hidup di
bawah garis kemiskinan rasmi.
KAMI BERIKRAK UNTUK MENJANA
EKONOMI LUAR BANDAR dengan
pembinaan jalan raya
menghubungkan kesemua
kawasan luar bandar Sarawak
yang akan mempercepatkan
peruntukan dan pembinaan
kemudahan awam termasuk
sekolah, tadika, perkhidmatan
perubatan dan telekomunikasi.
KAMI AKAN MENGGALAKKAN
keusahawanan pertanian seperti
pekebunan kecil melalui
pembiayaan mikro bagi semua
petani.
5. HUBUNGAN PERSEKUTUAN-
NEGERI
KAMI BERIKRAK untuk
mengekalkan hubungan baik
persekutuan-negeri sejajar
dengan semangat Perjanjian
Malaysia 1963, dan memastikan
bahawa mana-mana
marginalisasi, pengabaian dan
pengenepian kepada 18 Perkara
akan diberi perhatian dengan
segera.
Kami yakin bahawa Pakatan
Rakyat akan mengambil alih
kerajaan pusat dan KAMI
MENJAMIN akan meningkatkan
royalti petroleum dari 5% kepada
20%.
KAMI PERCAYA bahawa peluang
pekerjaan dalam perkhidmatan
awam Sarawak harus
mengutamakan rakyat Sarawak.
6. SARAWAK YANG LEBIH HIJAU
KAMI AKAN MEMASTIKAN
pematuhan dan pelaksanaan
undang-undang Negeri dan
Antarabangsa dan/atau a

No comments: