Saturday, April 9, 2011

BELIEVE OR NOT:CM GUNA BOMOH?


Gua pun tak pecaya,dah jaman it ni masih main bomoh bomoh.gua juga tak heran masa pilihanraya ni segala macam isu yang masuk akal,tak masuk akal atau bahkan isu yang hilang akal pun akan muncul

Salleh dakwa KM S'wak
dikelilingi bomoh


Calon Bebas Balingian Datuk
Salleh Jafaruddin mendakwa
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri
Abdul Taib Mahmud dikelilingi
oleh 'bomoh luar negara'.
“Kita mahu
selamatkan
Sarawak
daripada
dipimpin seorang
ketua yang
tunduk dan
menyerahkan
akal fikiran, keupayaan fizikal
dan kerohanian dipengaruhi
bomoh sihir luar negara yang
mengelilinginya.
“Saya secara peribadi saya
berjumpa dan berdepan dengan
tiga bomoh itu pada hari
penamaan calon di Mukah.

“Saya beritahu mereka tidak ada
hak memberi nasihat spiritual
kepada ketua menteri,
khususnya pada pilihan raya
sehingga mempengaruhinya
dalam keputusan
memuktamadkan senarai calon
Barisan Nasional,” kata Salleh
(atas,kanan) pada sidang media
hari ini.
Dakwanya, tiga bomoh
berkenaan, seorang dipercayai
rakyat Australia dan seorang lagi
berbangsa Yahudi bekerjasama
dengan naib presiden kanan
PBB, Datuk Awang Tengah Ali
Hasan, adik perempuan Taib -
Radziah Mahmud dan Taib
sendiri semasa menyediakan
senarai calon BN.
“Tidak ramai yang
mengetahui cerita
ini, sehingga hari
penamaan calon
pada 6 April lalu di
Mukah. Pengaruh
mereka ke atas cengkaman
politik Taib begitu besar dan
sukar diatasi, malah ia
mengatasi pengaruh politik
perdana menteri kita,” dakwa
Salleh yang juga adalah sepupu
Taib.
Salleh, bekas timbalan menteri
pelajaran juga menuduh Taib
menipu pemimpin PBB, parti-
parti komponen BN, seluruh
pengundi Sarawak sejak 30
tahun lalu bahawa masih belum
menemui pemimpin yang sesuai
bagi menggantikan dirinya.
“Jika 30 tahun tidak memadai
bagi memilih pengganti, adakah
awak percaya dalam beberapa
bulan ini selepas pilihan raya, dia
boleh tiba-tiba memilih
seseorang bagi gantikannya
kecuali seseorang itu
dicadangkan oleh bomohnya,”
katanya..

No comments: