Friday, April 8, 2011

NEW CM SARAWAK 2011-2016 ?

Baru Bian KM Sarawak jika BN
ditumbangkan




Pengerusi PKR Sarawak, Baru
Bian akan dilantik sebagai Ketua
Menteri Sarawak jika Pakatan
Rakyat menumbangkan BN pada
pilihanr raya negeri ke-10, 16
April ini.
Persetujuan
itu diputuskan
pemimpin
tertinggi
Pakatan
Rakyat dan
diumumkan di Kuching ketika
pelancaran manifesto mereka
yang 'Ketuanan Rakyat'.
Hadir ketika pengumuman itu
adalah Presiden PKR, Datin Seri
Dr Wan Azizah Ismail, pemimpin
veteran DAP Lim Kit Siang dan
ahli jawatankuasa pusat PAS,
Datuk Seri Nizar Jamaluddin
serta calon-calon Pakatan yang
bertanding pada pilihan raya ini.
Ketua DAP Sarawak, Chong
Chieng Jen berkata perlantikan
Baru itu diputuskan pada
mesyuarat majlis Pakatan
Sarawak.
“Pendirian kita adalah jelas. Kita
mahu Baru jadi KM (jika beliau
menang),” kata Chong.
Dr Wan Azizah
berkata nama
Baru
dicadangkan
kerana beliau
adalah
pemimpin negeri.
Baru adalah pemimpin veteran
dan pembabitannya dalam
politik bermula dengan Parti
Bansa Dayak Sarawak (PBDS),
Kongres Dayak Malaysia dan juga
pernah bertanding di bawah
tiket Parti Kebangsaan Sarawak
(Snap) pada 2006.
Beliau terkenal dengan
kelantangannya
memperjuangkan tanah hak
adat pribumi (NCR) dan pada
pilihan raya ini bertading di DUN
Ba'Kelalan di bahagian timur
Sarawak. Baru dijangka
memenangi kerusinya itu.
Sementara itu, Mohd Nizar
berkata pelantikkan ketua
menteri atau menteri besar
boleh diselesaikan seperti kes
Perak pada 2008.
Meskipun PAS adalah
parti minoriti dalam
kerajaan Pakatan
Rakyat di Perak,
namun Nizar dilantik
sebagai menteri
besar.
“Untuk masa ini, soalan itu tidak
timbul. Hanya apabila kita diberi
mandat, seorang daripada kami
yang berkelayakan akan
menerajui kerajaan negeri.
“Saya fikir soalan itu tidak
penting sekarang. Maksud saya,
saya juga tidak pernah terfikir
akan menjadi menteri besar di
Perak,” katanya.
Pada pilihan raya 16 April ini,
Pakatan bertanding di semua 71
kerusi dengan PKR berentap di
49 kerusi, DAP 15 dan PAS 5.

No comments: