Friday, April 15, 2011

GEMPAQ: WARAN TANGKAP UNTUK NORMAN HAKIM DAN MEMEY

Mahkamah Rendah
Syariah Gombak Timur di sini
memerintahkan waran tangkap
disempurnakan terhadap
pelakon Norman Hakim dan
pasangannya Memey yang
menghadapi pertuduhan
berkhalwat tiga tahun lalu
setelah mereka gagal hadir ke
mahkamah Jumaat.
Hakim Salehan Yatim
mengarahkan waran itu
dikeluarkan selepas pasangan itu
tidak mengemukakan alasan
atau sebab yang kukuh kenapa
mereka tidak hadir.
Dalam prosiding itu, peguam
Munirah Abu Bakar yang
mewakili pasangan itu,
memberitahu mahkamah beliau
menerima panggilan telefon
daripada Norman pagi tadi
memberitahu beliau tidak dapat
hadir ke mahkamah kerana tidak
sihat.
Bagaimanapun, katanya, Norman
tidak memberi sebarang sijil cuti
sakit.
Katanya Norman turut
memberitahu beliau bahawa
Memey berada di luar kawasan
yang menyebabkan dia tidak
boleh hadir ke mahkamah.
Norman atau nama sebenarnya
Mohamed Norhakim Zaidon, 35,
dan Memey atau nama
sebenarnya, Suhaizah Suhaimi,
23, yang juga seorang pelakon,
didakwa berkhalwat di pejabat
4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay
Perdana, Hulu Klang, pada 3 pagi
30 Oktober 2008.
Mereka didakwa mengikut
Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen
29(1)(b) Enakmen Jenayah
Syariah Selangor 1995 yang
memperuntukkan hukuman
penjara sehingga dua tahun atau
denda sehingga RM3,000 atau
kedua-duanya, jika disabitkan
kesalahan.
Salehan menetapkan 29 Julai ini
bagi keputusan sama ada
pasangan itu didapati bersalah
atau tidak terhadap tuduhan itu
dan memerintahkan kedua-
duanya hadir pada tarikh
berkenaan.
Pihak pendakwaan menutup kes
itu pada Oktober tahun lalu
selepas hampir dua tahun
perbicaraan kes berkenaan yang
memanggil lapan saksi
pendakwaan termasuk bekas
pegawai penguatkuasa Jabatan
Agama Islam Selangor, Azhar
Noordin, 42.
Terdahulu, pendakwa Hasrul
Hafiszi Ahmad Kamal memohon
waran tangkap terhadap
pasangan itu dikeluarkan atas
alasan mereka sepatutnya
mengutamakan kes mahkamah
berbanding perkara lain.bernama.

No comments: