Monday, April 18, 2011

AWAS! NASI LEMAK BARANG TERLARANG DI KANTIN SEKOLAH


Tak pasal pasal,nasi lemak dah nak jadi barang larangan di jual di kantin sekolah.dah sama bahaya dengan minuman bergas,junk food.KUALA LUMPUR, 18 April
(Bernama) -- Beberapa
pertubuhan pada Isnin meminta
kerajaan mengkaji semula
arahan menghadkan penjualan
nasi lemak di kantin sekolah
kerana langkah itu kurang sesuai
dan tidak menyelesaikan
masalah.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan Hashim
Adnan berkata sekatan penjualan
nasilemak kepada sekali
seminggu tidak akan menangani
isu obesiti pelajar jika kesedaran
mengenai pemakanan berkhasiat
padakalangan ibu bapa masih
rendah.
Sebaliknya kata beliau, ibu bapa
sendiri harus memainkan
peranan menggalakkan anak-
anak mereka melebihkan
pengambilan sayuran dan buah-
buahan serta menekankan
pemakanan seimbang.
"Tidak wajar penjualan nasi
lemak dihadkan kerana ia
makanan yang sinonim dengan
masyarakat negara ini selain
murah dan mengenyangkan,"
katanya kepada Bernama ketika
mengulas laporan media pada
Isnin berkenaan peraturan
tersebut yang berkuat kuasa
serta-merta.
Mengenai cadangan agar Indeks
Jisim Badan (BMI) dimasukkan ke
dalam kad laporan prestasi
pelajar, Hashim berkata perkara
itu telah dilaksanakan menerusi
subjek Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan (PJK).
"Mencatatkan BMI dalam laporan
prestasi pelajar tidak membawa
erti sekiranya ibu bapa sendiri
tidak tekankan perkata kepada
anak mereka... BMI sudah lama
ada dalam subjek PJK, cuma ibu
bapa sahaja tidak tahu," katanya.
Presiden Kesatuan Guru-Guru
Melayu Malaysia Barat(KGGMB),
Mohamed Sabri Mohd Arsad pula
berkata dalam usaha menangani
obesiti pada kalangan pelajar
sekolah, penekanan harus diberi
kepada pengambilan makanan di
luar sekolah.
"Macam di kantin, makanan yang
disediakan hanyalah makanan
ringan. Jangan kita anggap
makanan disediakan di sekolah
sebagai satu bebanan," katanya.
Selain itu katanya, pihak sekolah
juga tidak boleh memaksa
pelajar untuk makan selain yang
mereka gemari.
Mohamed Sabri turut
mencadangkan agar pihak
sekolah mengadakan pertemuan
dengan ibu bapa bagi
membincangkan isu obesiti
pelajar.
Pandangan serupa turut
diutarakan Presiden Persatuan
Kumpulan Ibu Bapa Bertindak
Untuk Pendidikan (PAGE) Datin
Noor Azimah Abdul Rahim yang
berpendapat nasi sumber
karbohidrat yang penting.
"Kalau perlu ia (nasi lemak)
diganti dengan nasi biasa kerana
nasi lemak mengandungi santan
dan lemak yang berlebihan,"
katanya.
Noor Azimah juga tidak menolak
faktor waktu rehat yang pendek
menyebabkan pelajar mengambil
makanan segera dan berlemak
seperti nuget.
Bagaimanapun beliau bersetuju
mengenai larangan penjualan
makanan ringan di sekolah dan
berharap langkah itu dilaksana
dengan penguatkuasaan
berterusna bagi memastikan
keberkesanan.
Noor Azimah turut berharap agar
pihakberkepentingan membuat
garis panduan selain meneliti
kandungan pada setiap makanan
ringan yang dijual.
Pada Ahad, ketika
mengumumkan peraturan baru
itu Menteri Kesihatan Datuk Seri
Liow Tiong Lai berkata larangan
tersebut bagi membendung
pemakanan tidak sihat
khususnya yang mengandungi
gula, garam dan lemak
berlebihan bagi menangani
masalah obesiti pada kalangan
para pelajar.

No comments: