Tuesday, April 19, 2011

KANTOI BUGIL BERDUA DI BAWAH KATIL

Perangkap janda yang mengena,gua kata jerat takkan melupakan mangsanya.

DUNGUN – Detik hitam mewarnai
awal kehidupan seorang remaja
lelaki apabila dia ditangkap
anggota penguat kuasa ketika
sedang melakukan persediaan
untuk mengadakan hubungan
seks dengan kekasihnya, yang
juga janda anak tiga.
Remaja itu yang masih bujang
dihadapkan ke mahkamah
selepas beberapa bukti ketika
tangkapan dibuat menguatkan
lagi dakwaan ke atasnya.
Berikutan itu, tertuduh yang
berumur 19 tahun hadir ke
Mahkamah Rendah Syariah
Dungun pagi semalam bagi
mendengar pertuduhan
dikenakan selepas satu waran
tangkap dikeluarkan atas
kegaga-lannya hadir pada
perbicaraan sebelumnya.
Tertuduh, berasal dari Rumah
Murah Jalan Sekolah Kebangsaan
Pusat menghadapi pertudu-han
mengikut Seksyen 29 (a)
Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah Takzir Negeri
Terengganu atas tuduhan
perbuatan sebagai persediaan
melakukan persetubuhan
dengan pasangan bukan
muhrim.
Mengikut fakta kes, remaja
terbabit ketika ditangkap
anggota penguat kuasa pada
kira-kira jam 9 pagi di sebuah
rumah Jalan Nibong Stesen
bersama pasangannya yang
berstatus janda berumur 24
tahun itu bersembunyi dalam
keadaan bogel di bawah katil
pelamin.
Pendakwa Raya Syarie, Azmi
Tengah melalui hujah
pemberatannya memohon
mahkamah mengenakan
hukuman paling setimpal ke atas
tertuduh berikutan kesalahan
terbabit amat serius dari segi
agama selain menyumbang
kepada keruntuhan moral
sehingga menjatuhkan institusi
masyarakat.
Bagaimanapun, Hakim Syarie,
Shamsuddin Ngah selepas
mengambil kira rayuan tertuduh
akhirnya menjatuhkan hukuman
denda RM2,800 atau tiga bulan
penjara ke atas tertuduh.(sinarharian)

No comments: