Monday, April 18, 2011

SAMA TAPI TAK SERUPA?

Kedua berita ni korang rasa sama tak?sama sama mengedar bahan lucah.cuma pak tua tu tentu tak berani nak tayang kat pasar malam.kena bisik dan guna bahasa isyarat korang cari vcd xxx.


Video seks: Siasatan
‘Datuk T’ edar bahan
lucah selesai, kata
polis
KUALA LUMPUR, 17 April —
Laporan siasatan rakaman video
aksi seks, didedahkan“Datuk T”
tiga minggu lalu, yang pelakunya
didakwa seorang pemimpin
kanan Pakatan Rakyat mengikut
Akta Kanun Keseksaan kerana
kesalahan mengedar bahan
lucah
telah siap, kata polis hari
ini.
Timbalan Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Bukit Aman,
Datuk Acryl Sani Abdullah Sani
berkata laporan lengkap siasatan
itu akan diserah kepada Pejabat
Peguam Negara pada bila-bila
masa dari sekarang untuk
tindakan selanjutnya.
“Bagi pihak kami (polis), siasatan
telah lengkap dari setiap sudut
menjurus kepada Seksyen 292
Akta Kanun Keseksaan (kerana
kesalahan mengedar bahan
lucah)
,” kata beliau dipetik
Bernama Online hari ini.
Oleh itu kata beliau, terpulang
kepada Peguam Negara untuk
mengambil sebarang tindakan
susulan terhadap kes ini dan
sekiranya ada mana-mana
perkara yang perlu disiasat
semula atas arahan Peguam
Negara,“kita akan siasatlah.”
Ditanya mengenai maklum balas
syarikat pengedar jam Omega
mengenai identiti pemilik jam
tangan itu, Acryl berkata polis
tidak mempunyai kuasa untuk
memaksa pengedar jam
berkenaan memberi maklumat
berhubung identiti pemilik jam
terbabit.
“Kita tunggu sahajalah . . . kami
tidak boleh paksa mereka untuk
beri maklumat siapa pemilik jam
tangan itu,” katanya.
Jam tangan itu merupakan
antara dua barang bukti, selain
rakaman video seks, yang
diserahkan kepada polis oleh
bekas ketua menteri Melaka Tan
Sri Rahim Thamby Chik, ahli
perniagaan Datuk Shazryl Eskay
Abdullah dan bekas bendahari
Perkasa Datuk Shuiab Lazim bagi
tujuan siasatan berhubung video
itu.
Susulan itu, polis telah
menyerahkan kad pendaftaran
jam itu kepada syarikat
berkenaan bagi tujuan
pengesahan siapa pemiliknya
dan memberikan tempoh
seminggu untuk syarikat itu
memberikan jawapan.
“Identiti pemilik jam itu bukan
merupakan satu isu (dalam
melengkapkan siasatan), apa
yang penting dalam siasatan kita
(Seksyen 292) adalah siapa
penayang video itu,” kata Acryl



ALOR SETAR: Seorang lelaki
warga emas yang ditahan kerana
menjual video cakera padat (VCD)
lucah dan tanpa sijil perakuan B
di pasar malam Padang Sera,
dekat Kodiang, malam kelmarin,
memberi alasan tidak boleh
bekerja kerana semua jari
tangannya sakit terkena mesin
selain mengalami masalah
pendengaran.
Lelaki berusia 60 tahun itu turut
memberi alasan perlu menyara
isteri, empat anak dan lima
cucunya berikutan jualan VCD itu
mendapat sambutan
menggalakkan ketika dia ditahan
anggota Bahagian Kawalan Filem,
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
dalam operasi di pasar malam
berkenaan.
Ketua Cawangan Bahagian
Kawalan Filem KDN Kedah/Perlis,
Mohd Helmi Hassan berkata,
ketika operasi dilakukan jam
8.50 malam, warga emas itu
sedang leka menjual di gerainya
yang dipenuhi pelanggan.
Katanya, suspek gagal melarikan
diri kerana dikepung lima
anggotanya sebelum merampas
semua VCD terbabit yang
dipamerkan atas meja.
Kami percaya suspek sudah
hampir setahun menjalankan
perniagaan itu seorang diri dan
selepas membuat risikan dan
intipan hampir sebulan, dia
akhirnya ditahan.
Hasil siasatan mendapati warga
emas itu memperoleh barangan
itu melalui orang tengah sebelum
menjualnya untuk menyara
kehidupan keluarga. Bahan itu
dipercayai diproses di negara ini
dan kita masih menyiasat punca
bahan itu diperoleh, katanya
ketika ditemui di pejabatnya di
sini, kelmarin.
Menurutnya, pihaknya merampas
30 VCD lucah dan 185 filem tanpa
sijil perakuan B daripada suspek
dianggarkan bernilai RM1,500
mengikut harga nilai pasaran.
Katanya, harga sekeping VCD
tanpa sijil perakuan B dijual
antara harga RM3 hingga RM5
manakala VCD filem lucah pula
dijual pada harga RM10 hingga
RM15 bergantung kepada filem
sama ada baru ditayangkan atau
sudah lama, katanya.
Sumber : Harian Metro

No comments: