Tuesday, April 5, 2011

ANAK PEREMPUAN UMUR SETAHUN HILANG

Seorang Kanak-kanak Perempuan Dilaporkan Hilang KUANTAN, 5 April (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun sembilan bulan hilang dipercayai diculik lewat petang Isnin ketika bersama kakak iparnya, 23 , dan seorang saudaranya berusia 10 tahun, di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata, kejadian itu berlaku di sebuah kedai telefon bimbit milik ibu kanak-kanak itu di Jalan Kuantan- Gambang berhampiran dengan sebuah pasar raya kira-kira 7 petang. Bercakap kepada pemberita Narenasagaran meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kanak-kanak berkenaan, Nur Hafiqah Zarissya Mohd Nawawi, menghubungi polis di talian 09-5751999. Sementara itu, ketika ditemui, ibu kanak- kanak berkenaan Azizah Dollah, 42 , berkata: " Saya tinggalkan anak saya sebentar untuk pulang ke rumah di Taman Seri Damai Perdana yang terletak tidak jauh dari kedai". Tanpa disedari, katanya, anak bongsunya itu hilang dan beliau cuba mencari bersama suami dan beberapa jiran di sekitar kawasan berkenaan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading. Beliau berkata beberapa orang saksi melihat anaknya itu didekati tiga lelaki yang tidak dikenali sebelum anaknya itu hilang.

P/s:Semoga cepat jumpa dan selamat tak kurang apa.