Wednesday, April 6, 2011

DITUDUH CABUL REMAJA PEREMPUAN,AR BADUL DIPANGGIL BERI KETERANGAN DI BALAI POLIS

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL)
sudah memanggil pelawak
veteran terkenal, Armaya Aman
Ramli, 63, atau popular dengan
panggilan AR Badul pagi
semalam untuk dirakamkan
keterangan berhubung laporan
seorang remaja perempuan
mendakwa dicabul pelawak
berkenaan.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah
Operasi dan Risikan Kuala
Lumpur, Asisten Komisioner
Khairi Arasa berkata pelawak
terbabit hadir ke IPPKKL jam
10.45 pagi untuk diambil
keterangan berhubung laporan
polis yang dibuat ke atasnya.
Harian Metro semalam
melaporkan pelawak terbabit
menyangkal dakwaan seorang
remaja perempuan berusia 13
tahun yang dia mencabul lebih
daripada tiga kali bermula
Disember 2010 hingga
pertengahan Mac lalu.

No comments: