Tuesday, April 5, 2011

wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.

Keluarga Datuk Seri Anwar
Ibrahim telah menafikan
dakwaan bahawa beliau adalah
lelaki dalam video seks yang
sebahagian daripadanya telah
disiarkan di internet semalam.
Isteri Anwar yang juga presiden
PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail kata video itu
merupakan "bukti paling jelas"
bahawa suaminya bukanlah
lelaki yang mengadakan
hubungan seks dengan seorang
pelacur itu.
Membaca satu
kenyataan hari ini,
wan Azizah berkata,
keluarganya telah
memutuskan untuk
menonton video
yang disiarkan di
Internet itu dan mendapati jelas
bahawa susuk badan lelaki
berkenaan terlalu berbeza
dengan susuk badan Anwar.
Turut hadir di sidang akhbar
tersebut ialah pengerusi DAP
Karpal Singh, Menteri Besar
Selangor Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim dan anak perempuan
Anwar, Nurul Izzah.
Ditanya mengapa beliau
mengubah fikiran untuk
menonton video tersebut, Wan
Azizah berkata beliau diberitahu
tidak ada unsur lucah dalam
filem tersebut dan mahu
menonton bagi memuaskan
hatinya.
"Bukan Anwar Ibrahim dalam
video itu,"katanya.
Menurut Dr Wan Azizah lagi,
keluarganya telah diuji dengan
pelbagai dugaan sejak 1998 dan
pelbagai fitnah dan tuduhan
telah dilemparkan terhadap
Anwar.
"Setiap tuduhan tersebut adalah
sendirinya terlalu berat, tetapi
Datuk Seri Anwar terpaksa
melalui satu demi satu tuduhan
yang busuk, jelek dan jijik,"
katanya.
Namun, tambah beliau, jika
disenaraikan semua tuduhan
tersebut, nyata sekali tidak
masuk akal bagaimana Anwar
dapat melakukan kesemuanya
yang bertentangan antara satu
sama lain.
"Dalam kes video terbaru ini,
kami sekeluarga memutuskan
untuk menonton sendiri
rakaman tersebut.
"Video tersebut adalah bukti
paling kukuh bagi sesiapa yang
benar-benar mengenali Datuk
Seri Anwar bahawa tuduhan
terbaru ini satu lagi fitnah zalim
dan palsu.
"Siapa lagi yang lebih mengenali
beliau dengan begitu intim kalau
bukan kami, keluarga terdekat
beliau, yang telah bersama
beliau dalam susah dan senang,
khusus dari saat beliau berada
di arus perdana kepimpinan
negara hinggalah ke hari-hari
beliau mulai pulih dari serangan
apabila beliau dibebaskan
daripada penjara.
"Jelas kelihatan susuk tubuh
badan pelaku dalam video
tersebut amat berlainan
daripada susuk badan Datuk Seri
Anwar Ibrahim. Hal ini
diperkukuh lagi memandangkan
sejak lebih setahun yang lalu,
anak-anak Datuk Seri Anwar
Ibrahim sering menemani beliau
setiap kali beliau pergi
melakukan aktiviti senaman dan
fisioterapi selaku sebahagian
daripada aktiviti pemuliharaan
kesihatan tulang belakang,"
tambahnya.
Oleh itu, kata Wan Azizah,
mereka sekeluarga berpendirian
bahawa keluarnya video ini
adalah satu lagi contoh taktik
politik lucah dan menolak
sekeras-kerasnya politik
sedemikian.
sehubungan itu, beliau
mengajak rakyat Malaysia untuk
bersama menegakkan keadilan
dan menolak politik kotor.
"Kembalikan agenda perjuangan
menuntut reformasi menyeluruh
dalam sistem politik, ekonomi
dan sosial negara," katanya
sambil menambah bahawa
dalam menghadapi dugaan ini,
mereka yakin ada hikmah di
sebaliknya.
"Pendedahan sedutan video ini
dibuat pada 4 April 2011–
ulangtahun ke-12 Parti Keadilan
Nasional yang lahir daripada
kegawatan politik negara.
"Fitnah dan tohmahan ini
berpunca daripada ketamakan
terhadap kuasa dan politik yang
sudah hilang nilai moralnya.
"Kita sewajarnya berbincang
secara kritis perbezaan
pandangan kita, bukan dengan
serangan peribadi yang kotor
dan hina," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap
semua rakyat tidak
terperangkap dengan
permainan tersebut, dan
sebaliknya meneruskan usaha
menegakkan keadilan dan
memperjuangkan kebenaran.(Malaysiakini)

No comments: