Sunday, August 3, 2014

perlis lebih perlu airport daripada kedah?

Ura ura airport antarabangsa akan dibangunkan di kulim kedah seperti
menyedarkan kita ternyata ada satu negeri yang belum memiliki lapangan
terbang iaitu perlis indra kayangan.kalau lihat size negeri mungkinkah
akan meniru negara jepun dengan membangun airport di atas pulau buatan
atau tebus guna pantai?




ARAU 2 Ogos - Kerajaan Pusat diharap
menimbangkan semula cadangan
pembinaan sebuah lapangan terbang di
Perlis sebagai projek pembangunan yang
bakal dilaksanakan dalam Rancangan
Malaysia Ke-11 (RMK-11) nanti.
Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata,
ini kerana Perlis menjadi satu-satunya
negeri yang belum mempunyai lapangan
terbang sendiri.
"Tapaknya telah dikenal pasti iaitu di Sungai
Batu Pahat, Kangar yang didapati sesuai
untuk dibina lapangan terbang," katanya
kepada sidang akhbar selepas menghadiri
majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan
Undangan Negeri (DUN) Pauh di Pusat
Khidmat Wakil Rakyat Kawasan Pauh di sini
malam tadi.
Azlan berkata, cadangan itu antara projek
pembangunan di negeri ini yang
dibentangkan semasa kunjungan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul
Wahid Omar ke negeri ini pada 3 Julai lalu.
Beliau berharap cadangan itu akan
mendapat perhatian daripada Kerajaan
Pusat.
"Perlis sangat berharap projek pembinaan
lapangan terbang ini menjadi kenyataan
menjelang RMK-11," katanya.
Beliau berkata, dengan adanya kemudahan
pengangkutan udara itu dijangka dapat
menjana perkembangan ekonomi di negeri
ini.
Ini sekali gus akan mampu menarik
perhatian pelabur-pelabur untuk melabur di
negeri ini.
Selain itu katanya, pembangunan sektor
pelancongan di negeri itu juga dijangka
lebih rancak.

No comments: