Thursday, August 7, 2014

Hebat menteri batalkan mad kredit HSBC


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membatalkan kad kredit beliau dengan HSBC sebagai tanda bantahan terhadap penutupan akaun pertubuhan Islam yang menyokong Palestin oleh bank itu.
 
Pembatalan serta-merta itu dinyatakan dalam suratnya kepada ketua pegawai eksekutif HSBC, yang kemudian dimuat naik ke Internet.
 
Turut dimuat naik gambar beliau bergaya menggunting kad kredit itu.
 
"(Ini) protes terhadap bank itu yang menutup akaun pertubuhan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin... saya sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas Israel," tulisnya dalam kapsyen gambar itu.
   
Bernama melaporkan tindakan Ismail Sabri mendapat banyak pujian daripada pengikutnya di Internet dan dikongsi meluas di alam maya.
 
The Guardian pada 30 Julai melaporkan tiga pertubuhan Islam, termasuk Masjid Finsbury Park, menuntut penjelasan daripada HSBC selepas dimaklumkan bank itu bahawa akaun mereka ditutup.
 
Pertubuhan-pertubuhan itu, termasuk Ummah Welfare Trust (UWT) dan badan pemikir Cordoba Foundation diberi notis dua bulan bertarikh 22 Julai atas alasan di luar "kaedah pengurusan risiko kami".
 
Pemegang amanah masjid Finsbury Park Khalid Omar berkata tiada sebab dinyatakan dan beliau menyifatkannya sebagai kempen Islamofobia terhadap pertubuhan Islam.

No comments: