Sebuah bas persiaran terhumban ke dalam
gaung di KM3 ketika menuruni Genting
Highlands petang ini.
Utusan Malaysia, dalam SMS berita terkininya,
pada jam 5.26 petang ini menyebut sehingga
ini 10 mayat ditemui manakala 15 mangsa
cedera kini dirawat di Hospital Selayang
Sebelum ini, Pegawai unit kawalan Balai
Bomba dan Penyelamat Genting Highlands
Mohd Shukri Mohd Noor memberitahu
Malaysiakini, pihaknya menerima maklumat
mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.22
petang.
Katanya, anggota balai bomba tersebut
bergegas ke tempat kejadian untuk
menyelamat mangsa yang terlibat.
Manakala ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika
dihubungi Malaysiakini berkata beliau
dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam
bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.
AP pula memetik anggota Bomba dan
Penyelamat sebagai berkata pekerja
penyelamat cuba turun ke tempat bas
tersebut yang menjunam 30 meter ke dalam
gaung.
Gambar-gambar yang diedarkan secara
meluas di Facebook menunjukkan bas kuning
terletak di dalam gaung.
No comments:
Post a Comment