Wednesday, August 21, 2013

ingatan dari tuan guru nik azis nik mat

Nik Aziz: Kebenaran itu milik ALLAH
Oleh: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Tarikh: August 20, 2013
SAYA tidak terkejut apabila bekas Presiden
Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada
penjara oleh Mahkamah Mesir.
Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang
dilakukan oleh tentera.
Tidak perlu berlindung di sebalik alasan
ekonomi dan sebagainya.
Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30
tahun menduduki takhta presiden satu fakta
yang tidak boleh dinafikan sama sekali.
Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat
menyokong rampasan kuasa tentera pun
sudah berpuas hati dengan pembebasan
Hosni Mubarak.
Saya menghormati keilmuan yang ada pada
Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau
dalam hal ini jelas salah seterang cahaya
matahari di siang hari.
Pada saya, inilah ujian berat yang sedang
dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di
Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka
disumbat ke dalam penjara manakala
penjenayah besar dilepas bebas.
Berpuas hatilah kerajaan Arab Saudi yang
kuat menyokong rampasan kuasa tentera.
Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu
milik ALLAH, tidak di Barat dan tidak Timur.
Sekalipun penjaga dua tanah suci
dimuliakan ALLAH SWT dengan tugas ini,
namun belum tentu mereka memegang
anak kunci kebenaran.
Di samping menjaga dua tanah Suci, Arab
Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak
yang menghilangkan haus Amerika Syarikat
(AS) sekian lama.
Inilah satu-satunya negara yang dinamakan
sempena nama pemerintahnya iaitu Bani
Saud.
Justeru, janganlah Arab Saudi menyangka
dengan sokongan mereka kepada tentera
Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh
umat Islam di dunia.
Jika darah Abdullah bin Zubair RA pernah
tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin
Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah
umat Islam di negara lain tertumpah
angkara pemerintah Saudi hari ini?
Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah
bertugas untuk menjaga Tanah Suci
sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan
penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari
melakukan kesilapan?
Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi
ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan
sokongan Arab Saudi terhadap tindakan
tentera Mesir yang telah membunuh ribuan
rakyat yang tidak berdosa.
Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah
dimuliakan ALLAH SWT dengan ilmu agama,
janganlah sesekali cenderung kepada
kezaliman agar tidak disambar oleh api
neraka.
Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-
saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang
pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di
dalam telaga ribuan tahun yang lampau.
Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan
menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-
ALLAH, Mesir akan keluar dari telaga
kezaliman para tentera dan akan bangkit
semula sebagai sebuah bumi yang subur
dengan gerakan Islam.
Pesan saya kepada para hakim yang
membebaskan Mubarak sebagaimana pesan
ahli sihir yang beriman kepada Firaun :
ﻓَﺎﻗْﺾِ ﻣَﺎ ﺃَﻧْﺖَ ﻗَﺎﺽٍ ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺗَﻘْﻀِﻲ ﻫَﺬِﻩِ ﺍﻟْﺤَﻴَﺎﺓَ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ
yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi
mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya
kamu hanya mampu berhukum di dalam
kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha,
ayat 72
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas
**Pendapat ini dipetik dari Facebook
beliau sendiri.

No comments: