Wednesday, May 15, 2013

barisan exco perlis tiada adun tambun tulang

KANGAR - Tiga muka baru adalah antara
lapan Adun yang dilantik sebagai exco
kerajaan negeri Perlis semalam.
Mereka ialah Adun Bintong, Rela Ahmad, Mat
Hassan (Kuala Perlis) dan Khairi Hassan (Mata
Ayer) yang pernah menjadi exco selepas
PRU11.
Lima muka lama yang dikekalkan ialah Datuk
Mohd Rawi Kassim (Beseri), Ahmad Bakri Ali
(Kayang), Sabry Ahmad (Santan), Abdul Jamil
Saad (Sena), dan Jafperi Othman (Guar Sanji).
Mereka menerima watikah pelantikan
daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin
Putra Jamalullail di Istana Arau kira kira jam
11.30 pagi tadi.
Turut hadir Raja Muda Perlis, Tuanku Syed
Faizuddin Putra Jamalullail.
Dalam titahnya, Raja Perlis meminta semua
pihak termasuk ahli exco membantu
menjadikan negeri ini sebagai maju
menjelang 2015 seterusnya menjayakan
Wawasan 2020.
Turut serta hadir di majlis itu ialah Menteri
Besar, Azlan Man, Speaker Dun, Datuk Yaziz
@ Yazid Mat, Setiausaha Kerajaan Negeri
Perlis, Datuk Azizan Hamid dan Ketua Polis
Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam
Haron.

No comments: