Seorang suspek iaitu
penyanyi tahun 1990-an Nouri Ramli telah
ditahan polis berhubung kematian
suaminya yang dipercayai mati selepas
bergelut dalam kejadian di kondominium
Ampang Utama, dekat sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten
Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang
mengesahkan perkara itu berkata, Nouri
bersama dua anak saudaranya telah
ditahan pada pagi Rabu dan di reman di
bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah
bagi membantu siasatan.
"Kami menahan wanita itu di rumahnya
pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan
berapa lama dia akan di reman.
"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen
302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,”
katanya ketika dihubungi mStar Online di
sini pada Rabu.
Akhbar pada Rabu melaporkan seorang
penyanyi wanita telah memukul suaminya
sehingga mati kerana tidak mahu suaminya
itu bertemu dengan anak perempuan
mereka yang berusia setahun.
Gambar kenangan Nouri bersama
suaminya.
Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati
dipercayai selepas dibelasah dalam
keadaan kaki dan tangan terikat.
Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul
5 petang Selasa apabila berlaku
pertengkaran melibatkan mangsa dan
isterinya berhubung perebutan anak.
Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai
sengaja mengikat tangan dan kaki
suaminya dengan bantuan dua anak
saudaranya sebelum mangsa pengsan
dalam sebuah bilik dan meninggal dunia
dipercayai akibat serangan jantung kerana
pergelutan dan kekasaran.
Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah
tidak tinggal sebumbung dengan mangsa
sejak setahun lalu dan mereka juga dalam
proses perceraian.
Nouri pernah popular dengan lagu
Hadirmu Yang Terakhir dan turut
memenangi anugerah Artis Baru Wanita
Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM)
pada tahun 1999.
No comments:
Post a Comment