Tuesday, July 31, 2012

suami syaleza jaffar eksekutif pentadbiran tv9 di reman


Polis menahan suami kepada Eksekutif
Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi
membantu siasatan kes kematian wanita
itu yang mayatnya dikatakan ditemui
tergantung di dalam biliknya di Apartmen
Saujana, Petaling Jaya, kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun
Hamzah berkata, suami mangsa yang
berusia 31 tahun itu ditahan di Segamat,
Johor kira-kira pukul 10.15 malam bagi
membolehkan siasatan terperinci dilakukan
terhadap kes tersebut.
Katanya, pihaknya mengklasifikasikan kes
kematian Syaleza di bawah Seksyen 302
Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Kita sudah buat penahanan (suami Syaleza)
di Segamat, Johor dan kita bawa beliau ke
sini (Selangor). Kita cuma tahan untuk
siasatan lanjut dan reman seminggu
bermula hari ini," katanya kepada
pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen
(IPK) Selangor di sini hari ini.

No comments: