Monday, July 30, 2012

eksekutif pentadbiran tv9 dibunuh keluarga terdekat?

blog lantak hangpa



Ketua Polis Selangor mengesahkan punca
kematian eksekutif pentadbiran wanita
stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui
di kediamannya di Apartment Saujana,
Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat
lehernya dijerut.
Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah
berkata laporan bedah siasat ke atas mayat
Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh
menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh
bernafas dan terdapat kesan jerutan di
sekeliling leher mangsa.
"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati
akibat dijerut dan bukannya menggantung
diri, namun kita masih menjalankan siasatan
terhadap perkara itu," katanya pada sidang
media di Shah Alam.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan
anggota keluarga terdekat mangsa di
Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam
tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Suspek akan direman petang ini.
Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana
menyebabkan kematian.
Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah
daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya,
Norazman Bashah pada kira-kira 7 malam.
Suaminya mendakwa terdengar dentuman
dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak
mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas
bilik itu sebelum membawa turun mayat
isterinya.
Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus
dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh
suami mangsa dan Syaleza disahkan
meninggal dunia ketika ditemui polis.
Syazleza merupakan anak kedua daripada
enam beradik dan mempunyai seorang
cahaya mata berusia dua tahun.
-Bernama

No comments: