Wednesday, July 4, 2012

Harga petrol turun!!!!mulai esok

Harga jualan runcit petrol RON97
diturunkan sebanyak 20 sen seliter
kepada RM2.60 seliter, berkuatkuasa esok.Dalam satu kenyataan hari ini,Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga
minyak di pasaran bagi Jun 2012
telah menurun.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan
bersetuju untuk mengurangkan
harga runcit petrol RON97 bagi Julai
2012 bermula esok.
Harga jualan runcit petrol RON97
pada dasarnya ditetapkan secara
apungan terkawal di mana harga
bulanannya akan diubah mengikut
harga pasaran, katanya.
Kerajaan sebelum ini menurunkan
harga jualan runcit petrol RON97
sebanyak 10 sen seliter kepada
RM2.80 pada 6 Jun lepas.
-Bernama

No comments: