Thursday, July 5, 2012

sah uncle seekers kena tangkap!!!


dah kena tangkap dah?gua pun dengar/baca kat blog blog otai yang kata dia dah ditangkap di negeri sembilan dan dihantar ke johor kerana repot polis dibuat di johore.terus apa episod selanjutnya?kalau korang nak tahu jenis apa orang yang bernama uncle seekers ni korang baca je blog dia dari awal lagi,korang boleh nilai sendiri.




Polis tahan Uncle Seekers mengikut OSA
(malaysiakini)
Penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-
Attas yang lebih dikenali dengan nama Uncle
Seekers ditahan polis di plaza tol Senawang,
Negeri Sembilan pada malam tadi.
Timbalan ketua jabatan siasatan jenayah
Johor ACP Mohd Akhir Ishak berkata, lelaki itu
ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen
8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
"Kami menahan seorang lelaki dipercayai
pemilik laman blog Uncle Seekers
(www.uncleseekers.blogspot.com). Dia
ditahan pada pukul 9.45 malam, 4 Julai
(semalam).
Katanya lagi, polis akan mendapatkan
perintah reman ke atas lelaki berkenaan pada
petang ini.
Anak kepada penulis buku politik popular
Syed Hussein Alattas itu kini ditahan di lokap
polis Air Molek, Johor, katanya.
Dalam operasi di Senawang pada malam tadi,
polis turut menahan seorang wanita berusia
26 yang berada bersama lelaki berkenaan,
tambahnya.
Tiga puluh individu pada Ahad lalu
dilaporkan menuntut supaya siasatan
dijalankan ke atas pengamal paranormal itu
supaya berhubung penyiaran tulisan
kontroversi dalam blog tersebut.
Kumpulan itu mendakwa, tulisan dalam blog
berkenaan berunsur provokasi, hasutan dan
mengaibkan Tunku Mahkota Johor, Sultan
Johor serta penjawat awam kerajaan Johor.
Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa
supaya menutup blog yang didakwa
menyiarkan "dokumen sulit" itu.
Laporan berkenaan bagaimanapun tidak
menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed
Abdullah.
Pada Selasa lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku
Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas
mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed
Abdullah itu berkata: "Biarlah anjing itu
menyalak semahunya. Saya tahu
kebenarannya, rakyat Johor juga tahu
kebenarannya.
"Mengapa saya harus beri reaksi kepada
(dakwaan) karut," katanya ketika menjawab
satu soalan yang diajukan seorang
pengikutnya di Twitter.

No comments: