Thursday, June 14, 2012

virus h1n1 kembali lagi

96 pelatih PLKN dikuarantin kerana virus
H1N1
8:22PM Jun 14 2012
Seramai 96 daripada 300 pelatih Program
Latihan Khidmat Negara kem Dusun Resort
dekat Kuala Nerang, dikuarantin kerana
dijangkiti virus H1N1 sejak malam semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat
Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil
berkata seramai 18 pelatih sedang dirawat
dan dikuarantin di Hospital Kuala Nerang
manakala 78 lagi dikuarantin di blok khas di
kem itu.
"Jabatan kesihatan sedang memantau kes
tersebut dan langkah pencegahan telah
diambil oleh pihak pengurusan kem bagi
memastikan virus itu tidak merebak," katanya
ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata pihak pengurusan kem juga
mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh
jabatan kesihatan dan beberapa petugas
jabatan kesihatan turut ditempatkan di kem
berkenaan.
"Buat masa ini, semua pelatih dan kakitangan
kem itu tidak dibenarkan keluar dari kem
sehingga diberitahu kelak", katanya.
Abdul Hadi menasihati ibu bapa supaya tidak
datang melawat pelatih dan hanya
dibenarkan menghubungi mereka (pelatih)
jika perlu.
"Tetapi kalau ada perkara yang penting dan
perlu berjumpa dengan pelatih, mereka (ibu
bapa) boleh datang tapi perlu memakai mask.
"Ibu bapa tidak perlu risau kerana langkah
pengawalan dan pencegahan sedang
dilakukan di kem tersebut," katanya.
Beliau berkata semua pelatih yang terlibat
adalah pelatih daripada kumpulan dua 2012.
- Bernama

No comments: