Tuesday, June 19, 2012

Exco pahang meninggal dunia

Exco Pahang Datuk Tan Mohd Aminuddin
Ishak, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan
Haji Ahmad Shah Temerloh pagi ini, selepas
hampir dua minggu dirawat di unit rawatan
rapi (ICU) hospital itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri
Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang itu
menghembuskan nafas terakhir pada kira-
kira 9 pagi ini, menurut anak saudara
allahyarham, Saiful Azman Mokhtar Affendi.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri
Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang
anak.
Saiful Azman berkata isteri Allahyarham juga
sedang dirawat di hospital yang sama akibat
tekanan darah tinggi.
Tan Mohd Aminuddin dimasukkan ke hospital
itu pada 8 Jun lepas kerana mengalami cirit-
birit serta muntah muntah dan kemudiannya
ditempatkan di ICU akibat komplikasi penyakit
lain termasuk sakit jantung dan kencing
manis.
Anak jati Chenor itu merupakan Ketua Umno
Bahagian Maran dan telah lima penggal
menjadi anggota Dewan Undangan Negeri
kawasan Chenor.
Beliau juga pernah menjawat jawatan
timbalan menteri besar Pahang sebelum ini.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan
petang ini di Tanah Perkuburan Islam Chenor.
-Bernama

No comments: