Saturday, November 26, 2011

selamat menyambut tahun baru

doa akhir tahun doa awal tahun


Wednesday, November 23, 2011

Malaysia vs Syria

sejarah akan berulang?

Monday, November 21, 2011

Final bolasepak sea games 2011 jurulatih indonesia: Awasi tiga Harimau muda malam ini!

Pelatih tim
nasional Indonesia U-23, Rahmad
Darmawan (RD) berpendapat, beberapa
pemain-pemain Malaysia memiliki teknik
individual yang cukup baik. Sadar akan hal
itu, Rahmad menginstruksikan anak
asuhnya untuk mematikan pergerakkan
pemain-pemain kunci tersebut saat kedua
tim bertemu pada babak final cabang
sepak bola SEA Games XXVI, Senin
(21/11/2011).
RD setidaknya menyebut ada tiga pemain
kunci Malaysia yang harus diwaspadai
pada pertandingan nanti. Mereka ada di
posisi gelandang, sayap, dan second
striker.
"Harimau Muda" dinilai sangat berbahaya
bila dibiarkan leluasa mengembangkan
permainannya. Gelandang Malaysia yang
paling menonjol adalah Bakhtiar Baddrol.
Kapten Malaysia ini tidak hanya piawai
dalam melepaskan umpan, tetapi juga
sangat buas di depan gawang lawan.
Terbukti, ia sudah mencetak tiga gol.
Ibrahim Syahrul Azwari sebagai pemain
sayap juga memiliki kecepatan yang
membuat lini pertahanan lawan kerap
kerepotan. Sementara Fazail Mohd Irfan
sering diplot sebagai second striker.
"Yang pasti dengan mata telanjang, kita
tahu pemain kunci Malaysia siapa saja.
Secara kolektivitas, kita tidak tahu apakah
mereka akan mengubah strategi
bermainnya. Tetapi, yang berkaitan
dengan teknik pemain, kita harus
mengantisipasi dan mengunci pemain-
pemain yang saya katakan sebagai
pemain kunci seperti gelandang, second
striker, dan winger. Itu akan jadi patokan
kita membentuk lini pertahanan," beber
RD, Minggu (20/11/2011)

Sunday, November 20, 2011

hari ini dalam sejarah

Hal di Malaysia – Lagi... 20 November : Hari Kesedaran Kulit Hitam di Brazil ; Hari Revolusi di Mexico ; Hari Guru di Vietnam . 284 – Diocletian menjadi Maharaja Rom , membawa kepada penamatan Krisis Abad Ketiga . 1910 – Revolusi Mexico : Francisco I. Madero menyebarluas Rancangan San Luis , memulakan pemberontakan menentang Presiden Porfirio Diaz . 1945 – Perbicaraan Nuremberg terhadap 24 anggota terkemuka Nazi yang terlibat dalam Holokus dan jenayah perang lain semasa Perang Dunia Kedua bermula. 1979 – Sekumpulan pemberontak bersenjata mengambil alih Masjidil Haram di Makkah , Arab Saudi. 1998 – Pemasangan Stesen Angkasa Antarabangsa bermula apabila modul Zarya ( gambar) dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur , Kazakhstan. Hari-hari sebelum: 19 November – 18 November – 17 November  Hari ini dalam sejarah

Wednesday, November 16, 2011

Saturday, November 12, 2011

Tutorial merepek download drama seri teranova guna handphone cabuk

Kalau dalam entri lepas gua kasih cara download dari youtube,kali ini
gua kasih tahu cara download video2 seri tv,filem yang full dalam
format 3gp.
Caranya mudah je,korang cuma perlu ada operamini atau ucweb.kalau dah
ada korang tinggal pergi kealamat fztvseries.mobi korang pilih je
fail2 yang korang nak.kalau muatturun guna operamini bermasalah,korang
guna ucweb.

Wednesday, November 9, 2011

Curiculum vitae anak chef wan diragui?

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Mohd Nadzri
Redzuawan atau lebih popular dikenali
sebagai Cef Riz, merupakan salah seorang
hakim program televisyen MasterChef
Malaysia. Tetapi, Cef Riz kini berhadapan
dengan dilema ekoran dakwaan beberapa
pihak bahawa dia memberi butiran palsu
mengenai pengalaman kerjayanya.
Dalam profil MasterChef yang diperoleh dari
laman web Astro Ria, dia mendakwa pernah
bekerja di dua restoran terkenal di Amerika
Syarikat, tetapi pemeriksaan menunjukkan
sebaliknya.
Anak kepada selebriti tempatan Redzuawan
Ismail, yang popular dengan panggilan Cef
Wan, mendakwa pernah bekerja sebagai
"chef de cuisine" — yang turut dikenali
sebagai ketua cef — di restoran milik Mario
Batali, Babbo di New York ketika berusia 22
tahun.
Batali merupakan seorang cef Amerika yang
terkenal dan memiliki restoran di New York,
Los Angeles, Las Vegas dan Singapura serta
pernah muncul dalam siri televisyen "Iron
Chef America".
"Dakwaan ini tidak betul. Encik Nadzri tidak
pernah bekerja dengan Babbo," kata
pengarah komunikasi Batali, Pamela Lewy,
dalam respons menerusi e-mel semalam.
Ketika dihubungi, Cef Riz menegaskan dia
pernah bekerja di Babbo.
"Saya pernah berada di sana selama
setahun, dari Januari 2005 hingga Disember
2006," katanya.
Dia yang berusia 29 tahun sekarang juga
memberitahu The Malaysian Insider pernah
bekerja sebagai "sous-chef" di Le Bernardin
di bawah pimpinan Cef Eric Ripert.
"Sous-chef" merupakan orang kedua dalam
penyeliaan dapur dan secara langsung
membantu ketua tukang masak.
"Saya berehat sementara sebelum menyertai
Le Bernardin selama dua tahun. Saya berada
di sana dari Mac 2006 hingga Julai 2008,"
katanya ketika dihubungi menerusi telefon.
Pegawai seranta Le Bernardin, Jackie
DeGiorgio memberitahu The Malaysian
Insider bahawa beliau akan memberi
respons selepas membuat penelitian
dengan restoran tiga bintang Michelin.
Apabila dimaklumkan bahawa jurucakap
Batali menafikan dakwaannya, Cef Riz
memberitahu: "Aiyoh! Sungguh aneh. Saya
akan teliti dengan mereka."
MasterChef Malaysia, mirip rancangan realiti
masakan MasterChef yang mencetuskan
fenomena di kalangan penonton di seluruh
dunia, memulakan musim pertamanya
menerusi Astro Ria sejak 22 Oktober lalu.
MasterChef Malaysia dilaporkan satu
program realiti masakan yang memberikan
inspirasi serta peluang kepada cef baru
mencungkil bakat mereka dalam bidang
sajian di samping mendapat latihan
daripada tukang masak profesional.malaysianinsider.

Thursday, November 3, 2011

PANDUAN SEKS KELAB TAAT SUAMI


Seks tetap satu komoditi yang laris atau pelaris.baca muka belakang buku ni gua senyum sendiri...lu pikirlah sendiri


Kementerian Dalam
Negeri mengharamkan buku panduan seks
terbitan Kelab Taat Suami, yang menjadi
kontroversi baru-baru ini, berkuat kuasa
serta-merta.
Pihak kementerian berkata mereka yang
memiliki buku berkenaan boleh didenda
sehingga RM5,000.
Mereka yang didapati menerbitkan semula
buku itu, berjudul Seks Islam, Perangi
Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada
Dunia, bagi tujuan jualan boleh dipenjara
sehingga tiga tahun atau didenda tidak
melebihi RM20,000 atau kedua-duanya
sekali.

Wednesday, November 2, 2011

tutorial merepek cara mudah download video youtube guna handphone cabuk

laman di bawah untuk memuat turun video
di youtube, dan yang lebih menarik kita pun
boleh mengubah format video menjadi
pilihan-pilihan seperti 3gp (dengan
high rendah / biasa / tinggi), mp4, dan flv.
Kita pun hanya tinggal memasukkan
keyword
atau judul video yang ingin anda muat turun
di
medan carian video, dan yang berikut
laman-
laman web yang saya maksud:
- http://tubezen.mobi
- http://mobtube.info
- http://yaaya.mobi/videos
- http://vkwap.com/ytube
- http://waptube.biz
- http://youtubemyway.com
- http://wapmytube.com
Pilihan-pilihan lain dengan menggunakan
laman-laman di bawah ini, namun anda
perlu
meng-copy url video dari youtube dan paste
di laman web di laman-laman web ini:
- http://video.com
- http://vidgrab.com

Cara mengubah / convert video di
youtube menjadi mp3
Untuk merubah format video di youtube
ke mp3 menggunakan handphone kita
memerlukan bantuan dari laman talian
seperti http:/youtube-mp3.org caranya
anda tinggal memuat url dari video yang
ingin anda ubah jadi mp3, kemudian paste
di laman web tersebut.

isi borang dan dapat rm 500

KAJANG – Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) bakal mengeluarkan borang
permohonan pemberian bantuan kewangan
RM500 kepada isi rumah yang
berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
mulai Disember ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd.
Shukor berkata, borang tersebut boleh
didapati di kesemua cawangan LHDN dan 17
pusat khidmat hasil di semua daerah
seluruh negara.
“Kita juga bakal memaparkan borang-
borang tersebut secara dalam talian bagi
membolehkan pemohon memuat turun dan
mungkin juga akan disiarkan dalam akhbar-
akhbar tempatan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar
selepas hadir merasmikan sambutan Hari
Inovasi LHDN 2011 di Akademi Percukaian
Malaysia di Bandar Baru Bangi di sini
semalam.
Perdana Menteri telah mengumumkan
insentif tersebut pada pembentangan Bajet
2012 di Dewan Rakyat pada Oktober lalu.
Insentif tunai berjumlah RM500 kepada isi
rumah yang berpendapatan RM3,000 ke
bawah itu merupakan sebahagian daripada
usaha kerajaan membantu menangani
kesulitan golongan berpendapatan rendah.
Jelas Mohd. Shukor, pihaknya kini 98 peratus
telah bersedia bagi mengendalikan mereka
yang layak memohon insentif tersebut.
“Kita sekarang hanya menunggu keputusan
akhir daripada Kementerian Kewangan bagi
mengemas kini definisi isi rumah yang
dijangka siap dalam tempoh dua minggu
lagi,” jelasnya.
Ujarnya, pihaknya menjangkakan
pembayaran insentif tersebut bakal
dilakukan bermula Januari tahun hadapan
secara berperingkat-peringkat.
“Bagi kita (LHDN) tempoh selama 14 hari
bekerja bagi memproses semua
permohonan yang layak,” ujarnya.
Katanya, setiap permohonan yang berjaya
bakal dilunaskan oleh Akauntan Negara
menerusi bank-bank yang akan dilantik.
Pihaknya turut menjangka seramai tiga juta
isi rumah bakal terlibat dengan pemberian
insentif tersebut dan maklumat mengenai
mereka akan diperoleh menerusi kerjasama
sistem pangkalan data e-Kasih dan Jabatan
Kebajikan Masyarakat.
NEGARA