Wednesday, November 9, 2011

Curiculum vitae anak chef wan diragui?

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Mohd Nadzri
Redzuawan atau lebih popular dikenali
sebagai Cef Riz, merupakan salah seorang
hakim program televisyen MasterChef
Malaysia. Tetapi, Cef Riz kini berhadapan
dengan dilema ekoran dakwaan beberapa
pihak bahawa dia memberi butiran palsu
mengenai pengalaman kerjayanya.
Dalam profil MasterChef yang diperoleh dari
laman web Astro Ria, dia mendakwa pernah
bekerja di dua restoran terkenal di Amerika
Syarikat, tetapi pemeriksaan menunjukkan
sebaliknya.
Anak kepada selebriti tempatan Redzuawan
Ismail, yang popular dengan panggilan Cef
Wan, mendakwa pernah bekerja sebagai
"chef de cuisine" — yang turut dikenali
sebagai ketua cef — di restoran milik Mario
Batali, Babbo di New York ketika berusia 22
tahun.
Batali merupakan seorang cef Amerika yang
terkenal dan memiliki restoran di New York,
Los Angeles, Las Vegas dan Singapura serta
pernah muncul dalam siri televisyen "Iron
Chef America".
"Dakwaan ini tidak betul. Encik Nadzri tidak
pernah bekerja dengan Babbo," kata
pengarah komunikasi Batali, Pamela Lewy,
dalam respons menerusi e-mel semalam.
Ketika dihubungi, Cef Riz menegaskan dia
pernah bekerja di Babbo.
"Saya pernah berada di sana selama
setahun, dari Januari 2005 hingga Disember
2006," katanya.
Dia yang berusia 29 tahun sekarang juga
memberitahu The Malaysian Insider pernah
bekerja sebagai "sous-chef" di Le Bernardin
di bawah pimpinan Cef Eric Ripert.
"Sous-chef" merupakan orang kedua dalam
penyeliaan dapur dan secara langsung
membantu ketua tukang masak.
"Saya berehat sementara sebelum menyertai
Le Bernardin selama dua tahun. Saya berada
di sana dari Mac 2006 hingga Julai 2008,"
katanya ketika dihubungi menerusi telefon.
Pegawai seranta Le Bernardin, Jackie
DeGiorgio memberitahu The Malaysian
Insider bahawa beliau akan memberi
respons selepas membuat penelitian
dengan restoran tiga bintang Michelin.
Apabila dimaklumkan bahawa jurucakap
Batali menafikan dakwaannya, Cef Riz
memberitahu: "Aiyoh! Sungguh aneh. Saya
akan teliti dengan mereka."
MasterChef Malaysia, mirip rancangan realiti
masakan MasterChef yang mencetuskan
fenomena di kalangan penonton di seluruh
dunia, memulakan musim pertamanya
menerusi Astro Ria sejak 22 Oktober lalu.
MasterChef Malaysia dilaporkan satu
program realiti masakan yang memberikan
inspirasi serta peluang kepada cef baru
mencungkil bakat mereka dalam bidang
sajian di samping mendapat latihan
daripada tukang masak profesional.malaysianinsider.

No comments: