Wednesday, November 2, 2011

isi borang dan dapat rm 500

KAJANG – Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) bakal mengeluarkan borang
permohonan pemberian bantuan kewangan
RM500 kepada isi rumah yang
berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
mulai Disember ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd.
Shukor berkata, borang tersebut boleh
didapati di kesemua cawangan LHDN dan 17
pusat khidmat hasil di semua daerah
seluruh negara.
“Kita juga bakal memaparkan borang-
borang tersebut secara dalam talian bagi
membolehkan pemohon memuat turun dan
mungkin juga akan disiarkan dalam akhbar-
akhbar tempatan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar
selepas hadir merasmikan sambutan Hari
Inovasi LHDN 2011 di Akademi Percukaian
Malaysia di Bandar Baru Bangi di sini
semalam.
Perdana Menteri telah mengumumkan
insentif tersebut pada pembentangan Bajet
2012 di Dewan Rakyat pada Oktober lalu.
Insentif tunai berjumlah RM500 kepada isi
rumah yang berpendapatan RM3,000 ke
bawah itu merupakan sebahagian daripada
usaha kerajaan membantu menangani
kesulitan golongan berpendapatan rendah.
Jelas Mohd. Shukor, pihaknya kini 98 peratus
telah bersedia bagi mengendalikan mereka
yang layak memohon insentif tersebut.
“Kita sekarang hanya menunggu keputusan
akhir daripada Kementerian Kewangan bagi
mengemas kini definisi isi rumah yang
dijangka siap dalam tempoh dua minggu
lagi,” jelasnya.
Ujarnya, pihaknya menjangkakan
pembayaran insentif tersebut bakal
dilakukan bermula Januari tahun hadapan
secara berperingkat-peringkat.
“Bagi kita (LHDN) tempoh selama 14 hari
bekerja bagi memproses semua
permohonan yang layak,” ujarnya.
Katanya, setiap permohonan yang berjaya
bakal dilunaskan oleh Akauntan Negara
menerusi bank-bank yang akan dilantik.
Pihaknya turut menjangka seramai tiga juta
isi rumah bakal terlibat dengan pemberian
insentif tersebut dan maklumat mengenai
mereka akan diperoleh menerusi kerjasama
sistem pangkalan data e-Kasih dan Jabatan
Kebajikan Masyarakat.
NEGARA

No comments: