Friday, December 23, 2011

GEMPaR : ANAK MUFTI PERLIS TIAD KEWARGANEGARAAN?

KUALA LUMPUR, 23 Dis
— Mufti Perlis Dr
Juanda Jaya hari ini
menyelar kualiti
perkhidmatan awam
dan Putrajaya selepas
Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN)
memberitahu beliau
bahawa anak
perempuannya bukan
warganegara Malaysia.
Kata Juanda kejadian itu berlaku pada pagi
ini semasa beliau, dari keturunan Melanau,
mahu membuat kad pengenalan anak
perempuannya yang berusia 12 tahun di
pejabat JPN Kuching.
Tambah beliau, sistem JPN mengatakan anak
perempuannya bukan warganegara
Malaysia dan ia amat mengejutkan sambil
menambah tidak pernah mendapat
“pengalaman baik” sebagai anak kelahiran
Sarawak di negeri itu.
“Betul, tertulis status di skrin situ nama anak
saya, status anak gadis saya, X Warganegara
tetapi bangsa masih tertulis berbangsa
Melanau.
“Apa sudah jadi pada sistem negara kita ini?
Siapakah yang sudi membantu
mendapatkan kewarganegaraan anak gadis
saya?,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Juanda (gambar), anak
perempuannya Sumaiyah Syahidah yang
dilahirkan pada 1999 di Kuching dan kini
belajar di Sekolah Kebangsaan Sri Indera,
Kangar mendapat keputusan cemerlang 5A
dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR).
“Apakah perasaan anda sebagai bumiputera
negara ini yang jelas disebutkan bangsanya
dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai
bangsa asal dan warganegara tulen negara
tercinta ini serta telah dijamin mendapat
segala hak yang termaktub dalam
Perlembagaan negara ini tetapi tiba-tiba hak
itu dinafikan oleh sistem negara yang anda
cintai itu.
“Hak yang paling minima adalah
mendapatkan kewarganegaraan. Bukannya
hak mendapatkan lesen balak atau projek
atas angin. Namun hak itu dinafikan oleh
sistem yang ada. Saya berbangga berbangsa
Melanau dan tetap memastikan anak-anak
saya kekal mewarisi bangsa yang saya cintai
ini. Malangnya, bangsa ini hanya wujud di
wilayah ini sahaja,” katanya.
Tambahnya, walaupun isterinya merupakan
rakyat Indonesia namun ia bukan alasan
menjadikan anak perempuannya mangsa
terutamanya sejak JPN memiliki rekod
kelahiran anak-anak berketurunan Melanau.
“Tetapi kenapa anak gadis saya yang tiada
dosanya jadi mangsa? Dia bukan
warganegara Indonesia. Kami baru sahaja
ke Jakarta awal Disember lalu untuk
menziarahi keluarga di sana menggunakan
passport Malaysia.
“Tetapi kenapa bila saya hendak membuat
kad pengenalannya dalam sistem JPN
dinyatakan anak saya itu bukan
warganegara? Anak saya stateless! Sistem
apa ini? Apakah kita di Afrika atau di
Zimbabwe yang tengah huru hara? Pada
saat ramai orang asing dikatakan diberikan
hak warganegara, tiba tiba anak gadis saya
yang berbangsa bumiputera asal Sarawak,
Melanau, yang jelas nama bangsanya
disebut dalam Perlembagaan Persekutuan
dijamin hak warganegaranya tiba-tiba
dinyatakan bukan warganegara Malaysia,”malaysianinsider

No comments: