Wednesday, September 7, 2011

KISAH TRAGIS DI BULAN SYAWALKISAH TRAGIS DI BULAN SYAWAL

KUALA LUMPUR, 7 Sept — Polis
tidak menolak kemungkinan
remaja perempuan yang ditemui
mati dalam keadaan 80 peratus
rentung di tepi jalan
berhampiran sebuah loji
kumbahan di Kampung Lembah
Jaya Utara, Ampang dekat sini
kelmarin dibakar ketika masih
hidup.
Hasil bedah siasat mendapati
tiada kesan luka pada tubuh
badan mangsa yang dipercayai
berusia 17 hingga 18 tahun
kecuali kesan kebakaran.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya
ACP Amiruddin Jamaluddin
berkata mangsa dipercayai mati
akibat kebakaran serius di
bahagian hadapan tubuhnya
selain dibakar di bahagian bahu,
dada, muka dan bawah pusat.
“Namun kita sedang menunggu
keputusan Jabatan Kimia bagi
mengetahui punca sebenar
kematian mangsa dan juga
identitinya,” katanya dipetik
Bernama Online.
Mangsa seorang yang berkulit
kuning langsat, berambut lurus
paras bahu dan mempunyai
ketinggian 162 sentimeter,
memakai rantai tangan emas di
pergelangan tangan kiri serta
memakai subang emas halus.
Amiruddin berkata mangsa turut
memakai pakaian yang dibuat
daripada kain nipis dipercayai
baju kurung berwarna hijau dan
bercorak hitam.
“Mangsa bagaimanapun dilihat
seperti tidak berpakaian kerana
pakaian mangsa turut hangus
terbakar di bahagian hadapan
dan hanya tinggal cebisan kain di
bahagian belakang badannya.
“Minyak tanah dipercayai
digunakan sebagai bahan untuk
membakar mangsa kerana
terdapat bau minyak tanah di
cebisan kain dan juga lokasi
kejadian,” katanya.
Beliau berkata tempoh kematian
mangsa dan sama ada mangsa
mati dibakar di lokasi itu atau di
tempat lain belum diketahui.
Amiruddin meminta orang ramai
yang kehilangan anggota
keluarga seperti yang dinyatakan
agar tampil ke Balai Polis
Ampang Jaya atau yang
berhampiran bagi membantu
siasatan dan proses pengecaman
mayat.
Beliau berkata semalam polis
menerima empat laporan orang
hilang dan satu daripada mereka
telah membuat pengecaman
tetapi negatif manakala yang lain
akan melakukannya dalam masa
terdekat.

No comments: