Thursday, September 8, 2011

GEMPAQ MARSHA AF OVERDOSIS PIL

KUALA LUMPUR, 8 Sept —
Penyanyi dan pelakon Marsha
Milan Londoh dilaporkan tidak
sedarkan diri akibat terjatuh di
rumahnya, dipercayai selepas
pengsan kerana mengambil pil
secara berlebihan.
Dia dirawat di Pusat Perubatan
Universiti Malaya, Petaling Jaya.
Berita Harian memetik sumber
berkata, Marsha yang menerima
rawatan di wad trauma dan
kecemasan pusat perubatan itu.
“Marsha dihantar oleh seorang
wanita dalam keadaan lemah
dan hasil pemeriksaan awal
mendapati dia menelan sebanyak
30 biji pil,” katanya.
“Dia kini di bawah pengawasan
doktor di wad trauma dan
kecemasan serta tidak bersedia
menerima sebarang pelawat.”
Bagaimanapun, sumber itu
berkata, doktor masih belum
dapat mengesahkan jenis pil
yang ditelan oleh Marsha, finalis
program Akademi Fantasia
musim ketiga.
Bekas pengurus Marsha, Syada
Fiza, mengesahkan penyanyi itu
dimasukkan ke hospital, namun
menafikan tindakan Marsha yang
dikatakan cuba membunuh diri.
“Marsha memang sering sakit
dan ada kala dia tidak dapat
menerima undangan
persembahan disebabkan faktor
kesihatannya itu,” katanya.
Penyanyi yang terkenal dengan
imej seksi ini pernah
menggemparkan industri
hiburan dengan berita
perkahwinannya yang diadakan
secara tertutup di Kepong, Jun
lalu.
Bagaimanapun, berita itu
hanyalah gimik untuk
pembikinan video klip
terbarunya.
Dalam temu bual khas dengan
Berita Harian beberapa bulan
lalu, Marsha yang bakal genap 26
tahun pada 6 Disember ini
menafikan dakwaan bahawa dia
ligat menjaja diri menggunakan
pengaruhnya, kononnya kini
menjadi pelacur kelas atasan
secara sambilan.

No comments: