Monday, August 15, 2011

Korang guna Mentega Pure Creamery Butter- Golden Churn sah tak halal?


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) hari ini mengesahkan
mentega jenama ‘Pure Creamery
Butter-Golden Churn’ yang
dipasarkan di Malaysia adalah
tidak halal.
Ketua Pengarahnya Othman
Mustapha berkata keputusan itu
dibuat selepas mendapati
produk tersebut datang dari
kilang yang sama dengan yang
diedarkan di Sarawak walaupun
pengimportnya berbeza dan
untuk pasaran berbeza.
“Perkara ini disahkan sendiri
oleh wakil syarikat Ballantyne
Food dari New Zealand yang
mengeluarkan produk itu.
Sehubungan itu umat Islam
seluruh negara diminta untuk
tidak menggunakan produk
tersebut,” katanya dalam satu
kenyataan dipetik Bernama
Online hari ini.
Sehubungan itu juga, Othman
meminta pemegang dan
permohonan baru Sijil
Pengesahan Halal dari Jakim atau
jabatan agama Islam negeri yang
telah menggunakan produk
tersebut agar menukarnya
kepada yang mempunyai sijil
halal yang diiktiraf serta
mengemukakan resit pembelian
bahan ramuan baru.
Beliau berkata mereka juga perlu
melakukan proses samak dengan
disaksikan jabatan agama Islam
negeri serta mengemukakan
bukti akuan samak.
Othman berkata perkara itu juga
telah dimaklumkan kepada
syarikat pengimport dan mereka
bersetuju menarik balik produk
terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama
Islam Sarawak mengisytiharkan
produk itu yang digunakan
segelintir pengusaha kek lapis
sebagai tidak halal kerana
dikesan mengandungi DNA babi,
menyebabkan industri makanan
itu terjejas.

1 comment:

ada mokhtar said...

thanks for sharing =)