Sunday, July 10, 2011

TARIF LETRIK NAIK KHAS UNTUK SABAH DAN LABUAN?

Kerajaan Lulus Penyusunan
Semula Tarif Elektrik Bagi
Sabah, Labuan
KOTA KINABALU, 9 Julai
(Bernama) -- Kerajaan
meluluskan penyusunan semula
elektrik bagi Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan berkuat
kuasa 15 Julai.
Semasa mengumumkan perkara
itu Sabtu, Menteri Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air Datuk
Seri Peter Chin Fah Kui berkata
penyusunan semula tarif perlu
bagi merapatkan jurang antara
kos bekalan elektrik dan tarif.
Ini, katanya juga, bagi
membolehkan Sabah Electricity
Sdn. Bhd. (SESB) menyediakan
bekalan elektrik yang terjamin
dan tanpa gangguan di Sabah
dan Labuan.
Beliau berkata tarif elektrik
sekarang di Sabah telah lama
sejak 25 tahun lalu, manakala
bagi Labuan, ia berasaskan
kepada tarif elektrik TNB bagi
sektor perindustrian dan
komersil sejak 1994.
"Dengan penyusunan semula itu,
purata kadar tarif elektrik di
Sabah dan Labuan akan
dinaikkan sebanyak 3.75 sen/
kWh atau 15 peratus daripada
tarif yang disusun semula
daripada 25.50 sen/kWh kepada
29.25 sen/kWh.
"Penyusunan semula tarif elektrik
ini perlu bagi memcerminkan kos
sebenarbekalan elektrik dan
juga menggalakkan penggunaan
cekap elektrik sejajar dengan
dasar tenaga negara sekarang.
"Kepentingan pengguna telah
diambil kira sebelum
melaksanakan tarif baharu itu,"
kata Chin kepada pemberita di
Wisma SESB, di sini.
Turut hadir ialah Menteri
Pembangunan Perindustrian
Negeri, Datuk Raymond Tan Shu
Kiah.
Chin berkata kira-kira 75 peratus
pengguna domestik, terdiri
275,276 pengguna di Sabah dan
Labuan yang penggunaan
elektriknya dalam jajaran 1
hingga 350 kWh/month, tidak
akan mengalami kenaikan bil
bulanan selepas kadar tarif
baharu ini dikuatkuasakan.
"Ini bermakna pengguna dengan
penggunaan bulanan tidak
melebihi RM77, tidak akan
mengalami sebarang kenaikan
dalam bil mereka," katanya.
Pada masa yang sama, katanya,
rebat elektrik bagi pengguna
domestik dengan penggunaan
bulanan tidak melebihi RM20,
akan diteruskan sehingga 31
Disember, tahun ini.
"Rebat ini akan memberi faedah
kepada kira-kira 70,000
pengguna di Sabah dan Labuan,"
katanya.
Chin berkata kerajaan
Persekutuan juga menyediakan
bantuan kewangan dalam
bentuk geran atau pinjaman
rendah faedah berjumlah
RM2.872 bilion untuk
membangunkan prasarana
elektrik di Sabah dan Labuan
sejak 15 tahun lalu.
Setakat ini, katanya, jumlah
subsidi bahan api diberikan
kepada SESB berjumlah RM2.663
bilion.
Sementara itu, Tan berkata
kerajaan Sabah telah
memberikan pandangannya
berkaitan dengan penyusunan
semula tarif elektrik kepada
kerajaan Persekutuan sebelum
pelaksanaan tersebut.
"Kami berterima kasih kepada
kerajaan Persekutuan kerana
mengambil kira kepentingan
rakyat, terutamanya golongan
berpendapatan rendah, dan akan
bekerjasamauntuk menambah
baik lagi bekalan elektrik di
negeri ini," katanya.

No comments: